Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pempengaruh serba berkebolehan, Hani Nami atau lebih dikenali dengan nama timangan ilyhoney, telah melancarkan agensi penjenamaannya tersendiri baru-baru ini.
Itulah yang diberitahu oleh salah satu anonymous tipper kami, Izat.
Menurut Izat, beliau terperasan pautan lelaman Hani Nami yang tertera di bio Instagram finalis Miss Universe itu.
Apabila kami ke lelaman tersebut, kami amat kagum melihat bakat terpendam penggemar pasta itu.
Ternyata, anak muda yang murah hati ini bukan saja boleh mendesain grafik semata-mata, Hani juga boleh mereka poster, kemeja-T, kandungan Facebook serta Instagram, video dan banyak lagi!
Sekiranya anda punyai sebuah syarikat kecil atau perniagaan, cubalah khidmat yang disediakan oleh jelitawan manis ini. Pasti anda tidak akan menyesal!
Korang boleh hantarkan e-mel kepadanya sekiranya ada sebarang pertanyaan.
Setakat ini akaun Instagram Hani Nami Studios hanya diikuti pakwenya. Mungkin ia belum dilancarkan secara rasmi. Tak sabar lah tunggu official date!
Tahniah kami ucapkan buat ilyhoney, semoga usahanya membuahkan hasil!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Hani Nami Studios & ilyhoney)
[…] Untuk senangkan semua pihak, mereka semua berpakat untuk upah tukang gaji. And of course, Mak diorang tak suka! Pendek kata, maid tu mintak dihantar pulang ke agensi. […]
LikeLike
[…] Ilyhoney sempat menceritakan tentang perjuangannya di sekolah yang sememangnya tiada kena mengena dengan isu pembunuhan tersebut. […]
LikeLike