Jumlah pengikut antarabangsa melonjak, Gadis Pasta Kuning disyaki ‘beli followers’

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Awal minggu ini, salah seorang wartawan kami diberi ‘anonymous tip’ daripada seorang hamba Allah mengenai pempengaruh cerdik lagi licik, ILYHONEY atau Hani Nami.

Menurut anonymous tipper itu (let’s call them Jumaiyah), jumlah pengikut ILYHONEY dengan tiba-tiba melonjak, dan ramai pengikut Gadis Pasta Kuning itu berpangkalan di luar Singapura.

Jumaiyah juga memberi beberapa gambar rajah kepada kami untuk kami menilai dan bezakan antara pempengaruh lain.

Jika kami bandingkan kedua-dua garis ini, garis di sebelah kanan (milik Wirda Elliesa) lebih lurus. Menunjukkan kenaikan jumlah pengikut secara perlahan-lahan (gradual).

Manakala di kiri, garis ILYHONEY seperti berkecamuk, seolah-olah dalam turbulence dalam sebuah kapal terbang A380.

Hmm… nampak sah something is off.

Apabila wartawan kami menjenguk pengikut gadis berdarah Jawa dan Serani itu, kami mendapatai bahawa ILYHONEY mempunyai beratus pengikut antarabangsa!

Penat jari kami leret skrin iPhone 12 Pro Max itu, berjam-jam tapi pengikut ILYHONEY tetap international!

Kami ingin ucapkan tahniah kepada ILYHONEY kerana menjadi salah satu pempengaruh Singapura yang dapat menembusi pasaran antarabangsa! Pasti ramai influencer yang cemburu, kan?

Statistik di lelaman socialblade pula menunjukkan bahawa ILYHONEY meraih lebih 800 pengikut pada tanggal 10 November.

Apa yang terjadi kepada ILYHONEY pada hari tersebut?

Walau bagaimanapun, kami harap ILYHONEY akan terus berjaya dalam hidupnya.

Tak sabar nak beli lingerie dia daripada taobao!

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram ILYHONEY)

Terima kasih Jumaiyah kerana mengongsi scoop ini! Sekiranya anda ada gosip liar yang ingin didedahkan, hantarkan DM di socmed kami!

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s