Of heels, wigs and… lingerie

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pada bulan Ramadan ni, kalau satu minggu takde drama daripada Masyarakat Melayu kita ni tak sah eh?

Korang pasti sedar akan drama yang melanda dunia Twitter beberapa hari lalu, melibatkan tiga orang influenza setakat. Satu tu pernah memasuki pertandingan realiti Suria, lagi satu finalis Ratu Cantik dan memang kontroversial, lagi satu… ermz… tak kenal.

Why are they relevant again?

Now that I’ve gotten your attention, I am not gonna talk about them. Pada bulan suci lagi mulia ini, ayuh kita banyakkan lagi amal jariah kita! Pasangan ikonik YouTube, Munah Bagharib dan Hirzi Zulkiflie, yang telah bersara dari YouTube (as a pair cos Hirzi masih aktif) kini kembali buat seketika demi amal!

Dinamakan MUNAHHIRZI RAYA RELIEF REUNION, Munah dan Hirzi kini bergabung sekali lagi setelah dua setengah tahun untuk menyemarakkan semangat Raya dalam diri pekerja asing. Mereka ingin mengumpul dana bersama TWC2 (Transient Workers Count Too) untuk pekerja asing, mengendalikan ‘Eid Dinner Drive’ dan projek masyarakat secara kejutan untuk memupuk semangat Raya dalam diri pekerja asing.

Mereka bertujuan untuk membuat pekerja asing rasa seperti di rumah (walaupun berjauhan dari rumah) Syawal ini. Dan yang paling penting sekali, membuat mereka rasa bahawa mereka juga sebahagian daripada keluarga besar Singapura!

Antara cara-cara untuk menggalakkan orang ramai menderma, pasangan legenda dan kecoh itu telah mengembalikan watak-watak yang pernah wujud dalam MunahHirziOfficial dahulu kala ke sesi IG LIVE mereka baru-baru ini. Antaranya ialah Epic Minahs dan Ang Mo Kio Aunties!

Sungguh geli hati melihat gelagat mereka berdua di IG LIVE di mana mereka mengembalikan salah satu program sinonim dengan MHO iaitu… 10 DARES! Aksi mereka memotong rambut, dan berdandan dengan mata tertutup, sambil memainkan watak Kathee Staircase dan Syasya NakWoke (tidak terlupa Hubab Hood sebagai Tina Togok!) tentu sekali mengembalikan zaman kegemilangan YouTube Singapura!

Jika anda terhibur melihat mereka, dermalah kepada MUNAHHIRZI RAYA RELIEF REUNION! Kalau anda ingin cari lebih usaha seperti ini dan ingin menderma lebih, boleh saja! Sempena Ramadan ini, banyak perbadanan yang perlu pertolongan anda. Malah, kalau awak derma time lailatul-cuddle… melimpah ruah lah pahalanya! Kan?

Di bawah merupakan cara-cara yang lain di mana anda boleh hulurkan bantuan!

Tabung Amal Aidilfitri Trust Fund
Klook Cares
Buka Puasa SG

Dan banyak lagi! There’s many more! Just go to your fav influencer and see if diorang ada cakap pasal these donations tak. If takde, you might wanna hit that unfollow button!

Cakap pasal influencer, all I can say pasal the whole saga pasal Sabrina Marican & Wirda Elliesa vs ILYHONEY…

I believe y’all are smart consumers.

Jangan lupa derma tau!

– Pengkritik Sandiwara

Eh mana Nadia M Din dalam reunion MHO ni?

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s