Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Bosan dan jelak tonton Sinar Lebaran pada malam Raya setiap tahun di Suria? Sama lah kita. Asyik-asyik muka retis yang samaaaaa je. Macam lah Singapore ni kekurangan artis gitew, kan? Tahun lepas muka sama, tahun ni pun orang sama.
Kalau korang mencari hiburan yang lebih menarik lagi seronok buat seisi keluarga pada Hari Raya ini, apa kata tonton pementasan teater dan muzikal di rumah sambil makan kuih Raya?
Antara muzikal yang akan disiarkan pada musim Raya ialah Fatih – The Prince & The Drum! Ia merupakan muzikal sebahagian daripada Pesta Raya 2019 anjuran Esplanade!
Muzikal ini yang penuh dengan kostum menarik dan irama dram mengasyikkan dijayakan oleh NADI Singapura, dan pada pendapat saya, ia merupakan muzikal Melayu setempat terhebat pada dekad yang lalu. Bangsawan Raden Mas who?
Anda boleh menontonnya secara percuma ataupun membayar tiket untuk menonton dan hasil jualan tiket akan disalurkan kepada NADI Singapura!
Anda boleh menonton Fatih – The Prince & The Drum di Sistic mulai 24 Mei hingga 31 Mei!
Selain itu, syarikat W!LD RICE juga akan menyiarkan Mama White Snake mulai 22 Mei ini sehingga 7 Jun!
Ekoran sambutan yang amat memberangsangkan bagi penyiaran Emily of Emerald Hill, Supervision and Monkey Goes West, syarikat itu akan menyiarkan persembahan sold-out Mama White Snake yang dipentaskan di Drama Centre Theatre pada 2017.
Anda boleh saksikan Mama White Snake di YouTube W!LD RICE mulai 22 Mei!
Bukan itu saja, syarikat teater ini juga akan menyediakan kandungan digital baru untuk si cilik!

#FeelingsToTheMax merupakan siri YouTube khas buat kanak-kanak berumur lima tahun ke atas. Empat episod mini akan dimuatnaikkan ke YouTube, di mana watak Max, mencari cara baru untuk memproses pelbagai emosi yang dirasainya menjelang akhir tempoh pemutus litar (CB).
Baguslah, boleh si cilik pelajari bagaimana untuk meluahkan perasaan mereka dan juga berdepan dengan norma baru sekiranya sekolah sudah buka semula kelak!
The Necessary Stage juga sedang siarkan Rosnah sehingga 25 Mei. Jadi cepat-cepat tonton! Best kalau tonton bersama keluarga pada malam Raya!
Selamat menonton dan duduk di rumah, ok? Semoga hari-hari terakhir puasa kita ni lebih bermakna dan dapat kita luangkan masa bersama keluarga!
– Pengkritik Sandiwara
Gambar header:
Fatih – Bernie Ng, Mama White Snake – W!LD RICE