Salam sejahtera, para pembaca setiaku.
Jika anda perlukan bukti sama ada cinta jarak jauh (LDR) itu berkesan atau tidak, lihat sajalah pasangan kegemaran satu Malaya, Aliff Aziz dan Bella Astillah. Tak perlu cari jauh-jauh.
Walaupun berkilometer jauhnya, Bella dan Aliff sempat menyambut pendedahan jantina anak kedua mereka yang dalam kandungan dalam talian. Dengan adanya teknologi seperti Instagram LIVE, keluarga Aliff turut serta dan menyambut upacara ini.
Sebutir belon besar, dihantarkan kepada Aliff daripada anak sulungnya, Ayden Adrean di mana di confetti di dalam belon itu akan menentukan jantina anak kedua Bella dan Aliff.
Aliff dan anaknya amat ghairah dan bercountdown bersama untuk letupkan belon. Amat comel melihat gelagat keluarga Aliff yang turut tumpang gembira!

Ternyata, confetti yang tersimpan di dalam belon itu berwarna merah jambu, melambangkan ‘bayi perempuan’. Nampaknya, Ayden tak sabar nak jadi abang! Bella dan Aliff kelihatan gembira dan bersyukur atas berita ini.
Kami harap pasangan Malaya ini akan kekal bahagia dengan adanya anak kedua mereka. Walaupun berjauhan, mereka mencari idea untuk terus mengeratkan lagi perhubungan mereka sebagai satu keluarga! Satu contoh LDR yang patut dicontohi! CB atau PKP bukanlah alasan untuk tidak merapatkan jurang perhubungan mereka.
Semoga Covid-19 ini akan berlalu agar pasangan ini dapat bersatu apabila bayi mereka lahir di dunia pada bulan Julai kelak, InsyaAllah! Tahniah kami ucapkan!
– Pengkritik Sandiwara
[…] Walaupun sempadan memisahkan pasangan ini, ia cuma mengukuhkan lagi perhubungan mereka sebagai suami isteri. Apakan tidak, pengumuman kehamilan isteri Aliff Aziz, Bella Astillah, mengejutkan warganet di Malaysia dan Singapura! […]
LikeLike