Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Jelitawan popular, Nuraliza Osman, kini sudah bertunang. Itulah yang dicatatnya di Instagram beliau awal pagi ini.
Terima kasih kerana meminta izin ibu bapa (dan boss sister) saya untuk melamar saya dan menyayangi kucing walaupun awak ada alahan.
Pemenang Miss Universe Singapore 2002 itu juga berkata beliau amat bersyukur bahawa tunangnya, Justin Che, wujud dalam hidupnya dan amat bersyukur bahawa dia ingin luangkan masa bersama Nuraliza buat seumur hidupnya.
Ucapan tahniah membanjiri ruang komen, termasuk daripada rakan artis!
Dalam gambar, nampak seperti tunang pelakon 7 Penjuru itu dipropose di sebuah kapal layar ataupun yacht! Romantis sungguh, dengan kelopak bunga ros berwarna merah ditaburi di kapal itu.
Kami tak sabar nak tengok majlis persandingan ratu cantik ni, pasti gah, kan?
Tahniah sekali lagi!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Instagram Nuraliza Osman)
[…] bakat baru seperti Rae Saleha dan shoe-key wan, serta Khairudin Samsudin, Nuraliza Osman, Nurul Aini dan juga pelakon Cina Tay Ping Hui! Untuk mempelbagaikan lagi barisan […]
LikeLike