Gegar Vaganza 7: Yantzen tersingkir

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Satu-satunya wakil Singapura di pertandingan Gegar Vaganza musim ke-7 telah pun tersingkir minggu ini.

Penyanyi rok kapak, Yantzen daripada band Rusty Blade hanya berkekalan hingga minggu ke-8 pertandingan itu.

Dalam pusingan suku akhir itu, Yantzen memenangi dua anugerah mini. Iaitu Anugerah Digi Next Level dan Bintang Cuckoo Healthy Home. Anugerah itu diberi kepada peserta yang meraih banyak undian dan peserta dengan hashtag terbanyak masing-masing.

Menyanyikan lagu Segalanya Ku Terima, juri undangan Datuk Syafinaz memuji dendangan Yantzen itu. Tapi… Min rasa memang persembahan yang mampat, cuma yang first part tu dia pitching lari ke? Entah lah!

Dalam ucapan penyingkirannya, Yantzen bersyukur bahawa dia tetap diberi peluang untuk berada di pentas, setelah 40 tahun berkecimpung dalam dunia hiburan.

Siapakah yang akan menjuarai Gegar Vaganza 2020? Berapa banyak pemenang kali ini? Minggu depan dah separuh akhir!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header:YouTube Astro Gempak)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s