Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Personaliti radio Wwwwarna sssesesemmmmbilaan empapapapt dududdua EFFFFFFEMMMMM Serentak Semasa, Fadli Kamsani kini digelar suami.
Finalis Anugerah Skrin 2016 itu bernikah bersama isterinya, Ainin Sofiya, di mana upacara akad nikah disiarkan secara langsung di Facebook Mediacorp Warna 942FM awal pagi tadi.
Sejauh ini, terdapat sebanyak 21 ribu tontonan dengan lebih 1000 komen memberi ucapan mendoakan kebahagiaan buat dua mempelai itu.
Di Instagramnya, Fadli berkongsi bahawa mereka berdua sudah berkenalan selama empat tahun.
Menarik sekali, mereka berdua merupakan ahli kumpulan tarian Artistari Gentari (ATG) dan sering menari bersama. Oh, so sweet gitew!
Sehari sebelum itu, Fadli meminta maaf kepada orang ramai di IG Storynya kerana tidak dapat menjemput ramai orang dek Covid.
Beliau juga berterimakasih atas segala doa dan sokongan yang diberi kepadanya sepanjang perhubungan mereka.
Diacarakan oleh DJ otai A B Shaik, kesemua ahli keluarga serta tetamu dan juga pengantin mengikut SOP dengan memakai pelitup muka. Apabila akad nikah berlangsung, hanya lafaz nikah saja yang diperlukan, tanpa bersalaman. Menarik, ye. Harus dipraktikkan selepas Covid jugak!
And yes, satu lafaz je nikah dia. Alhamdulillah! Oh Tok Kadi dia Ustaz Zahid Zin uolls.
Bila diorang exchange cincin tu… comel sangat mereka ketawa and everything! Precious banget.
Kami berharap pengantin baru ini akan terus bahagia hingga ke jannah! Tahniah!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Facebook Warna)
[…] Majlis pernikahan mereka ditayang secara langsung di Facebook Mediacorp Warna dan juga Suria. […]
LikeLike
[…] comel itu telah bernikah pada hujung 2020 di mana majlis mereka ditayangkan secara langsung di Facebook […]
LikeLike