Persoalan-persoalan Anak Metropolitan 2

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sebenarnya, Min dah lama habis binge-watch Anak Met 2, cuma baru ada mood nak tulis analisa atau persoalan yang timbul semasa menonton cerita ni. Terutama persoalan yang timbul pada episod akhir.

Soalan-soalan ini masih terngiang-ngiang dalam fikiran Min so… kalau korang ada jawapannya atau teori yang munasabah, jom lah kongsi!


Wild Boys vs Geng Remy

  1. Mengapa Wild Boys musuh geng Remy?

Mengapa? Apa yang berlaku antara kedua-dua geng ini hingga menyebabkan mereka bermusuhan? Yes, the normal staring dan termasuk territory and all that happened. Tapi, selain itu, takkan diorang sanggup bermusuhan bertarung nyawa? Min rasa seharusnya ada backstory menceritakan sejarah geng-geng ini.

.
Gambar tangkap layar meWATCH Suria

2. Apakah nama geng Remy?

Geng musuh mereka diberikan nama ‘Wild Boys’, tapi geng mereka sendiri tiada nama. Hmm.. kenapa eh? Korang tahu tak nama geng Remy apa? Dan Min ada banyak persoalan di bawah cabang geng Remy ni!

2.1. Bagaimana geng Remy tarik members?

Remy meringkuk di penjara, apabila keluar je, jumlah gengnya berkembang. Bagaimana? Kenapa orang boleh terajak nak sertai gengnya walaupun mereka tahu chong mereka sedang merempat dalam lokap?

Adakah dengan sejarah penjara dapat memberanikan ahli-ahli geng mereka lagi kerana mereka mempunyai ketua yang terror?

2.2 Geng Remy geng feminist?

Jika dibandingkan antara dua geng ini, Wild Boys tiada ahli wanita langsung manakala geng Remy punyai ahli wanita. Tambahan pula, ahli-ahli wanita ini terlibat dalam perancangan pergaduhan yang berlaku antara geng mereka tersendiri dan Wild Boys.

.
gambar tangkap layar meWATCH Suria

Walhal, apabila Remy berada di penjara, ahli-ahli mereka merujuk kepada Ruby. Ini menunjukkan bahawa wanita juga boleh memegang jawatan tinggi dalam geng ini. Jantina bukanlah isu yang penting bagi mereka. Semua orang dilayan sama rata.

Ini membuktikan bahawa geng Remy menganggap darjat wanita setaraf ahli lelaki! We love a feminist gang!

Cakap pasal Ruby, sekarang kita tahu kenapa Ruby ni masih panas darah walaupun sudah dihantar ke Girls’ Home. Sebab ada jantan gatal kat rumah! So dia tak boleh let her guard down.

3. Projek Reben Kuning

Dalam musim ini, kita dapat lihat bagaimana Remy dilayan. Hanya kerana beliau seorang bekas banduan, rakan kerjanya dan majikannya melayan dia sedikit berbeza.

.
gambar tangkap layar meWATCH Suria

Beliau juga sukar mendapat kerja, dan terpaksa buat kerja haram. Sedih sekali, ini masih berlaku dalam masyarakat kita.


Sebelum Min bincang tentang watak-watak baru yang muncul dalam musim kedua ini, ayuh kita lihat kembali watak Shanaz.

  1. Shanaz perlukan lelaki dalam hidupnya?

Apabila lelaki keluar dari hidupnya, jiwanya merana. Lihat saja musim lalu apabila Amir dibunuh, berkecamuk hidupnya, sehinggalah Mike muncul. Dan pada musim ini, apabila Mike mengumumkan bahawa dia akan bermastautin di Canada buat selama-lamanya, Shanaz seolah-olah pulang ke arah hidup yang tidak tentu.

gambar tangkap layar meWATCH Suria

Dia sering singgah kelab malam untuk rileks. Tapi mujur itu sementara saja. Persahabatannya bersama Amelia mekar dan mereka saling membantu!

2. Mike tak pergi NS?

Kenapa Mike balik Singapore sekejap je? Min fikir dia balik Singapore sebab nak buat Perkhidmatan Negara (NS) tapi tak.

Kalau dia NS, kan boleh jalinkan hubungan bersama Shanaz selama 2 tahun. Puas sikit Shanaz.

Ni takde, 3 tahun dia tunggu, dapat jumpa berapa kali jek?


Kini masanya untuk berbual tentang watak baru, Amelia dan adiknya Hidayat.

  1. Hidayat, remaja perlukan kasih sayang.

Hidayat merupakan that stereotype Malay kid yang terjerumus dalam gejala geng kongsi gelap. Ini semua kerana di rumah, dia tidak diberi perhatian. Oleh kerana itu, Hidayat mencari teman di luar untuk mengadu dan berteduh.

.
gambar tangkap layar meWATCH Suria

Tapi mujur, Remy memberi nasihat (walaupun cara kasar) sebelum Hidayat terjebak rabak dalam gengnya.

2. Amelia, kakak manja nottie.

Siapa akan sangka bahawa Amelia, seorang pelajar politeknik yang amat menyayangni adiknya, seorang pelayan di kelab malam?

If Anak Met 2 dirakam pada zaman ini, Amelia mungkin akan buka akaun OnlyFans, dan bukan bertungkus-lumus di kelab.

.
gambar tangkap layar meWATCH Suria

Walaupun bekerja sebagai pelayan, Amelia punyai pendirian yang amat tinggi. Beliau tidak bersetubuh bersama pelanggan, bukan seperti rakannya yang bibir tebal tu (whatever her name).

Malang sekali, Suria mencerminkan watak yang hidup bersama HIV/AIDS sebagai individu lemah dan pucat. Tapi dalam realiti, bukan.

Sekiranya Amelia tidak manjakan adiknya dengan hadiah (and lowkey their rs agak incestuous), adakah Hidayat akan terus terperangkap dalam geng? Ini kerana Amelia hanya memberi perhatian dari segi harta benda kepada adiknya, dan tidak mendengar atau mengambil tahu tentang perihal adiknya.

3. Patutkah ibu bapa mereka berbaik semula?

Antara faktor mengapa Hidayat mencari teman di luar adalah dia merindui ibunya. Dan dalam episod-episod Anak Met 2, Hidayat sering impikan ibu dan bapanya berbaik semula.

.
gambar tangkap layar meWATCH Suria

Selalunya, penceraian berlaku kerana suami dan isteri inginkan yang terbaik untuk diri merek dan juga anak-anak mereka, sekiranya mereka berpisah. Tapi dalam drama ini, pihak media telah meletakkan harapan yang tidak sewajarnya dalam kedihupan anak-anak dari keluarga bercerai.

So what if diorang nikah semula. Adakah ini dapat selesaikan masalah anak-anak mereka? Bolehkah mereka kekal? Min tak setuju tau sebab it’s toxic!


So there you have it, persoalan-persoalan yang timbul pabila Min tengok Anak Met 2. Jangan kita enjoyz je apa yang kita tengok, drama ni banyak pengajaran untuk kita ambil teladan tau!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s