Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Min telah mencuba sedaya upaya untuk menonton lebih banyak episod Anak Met 4.0 tapi tak sanggup. Jalan ceritanya amatlah belit dan tidak memberi unsur-unsur Anak Met langsung. Min hanya tonton sampai episod 5. Tu pun 10 minit pertama.
So dalam kiriman kali ini, ayuh kita teroka kenapa Anak Metropolitan 4.0 tidak menjadi.
Tak cukup anak
Salah satu masalah dalam drama bersiri yang disiarkan di Suria ini adalah watak-watak belia dalam rancangan ini.
Penonton semua tahu bahawa drama yang membawa nama Anak Metropolitan ini cukup ikonik kerana kesannya menonjolkan isu-isu dalam masyarakat kita, terutama sekali isu perihal belia.
Namun, dalam musim ke-4 ini, perhatian diberi kepada bapak metropolitan.
Bahkan, terdapat EMPAT orang watak tua yang menjadi fokus. Mereka adalah Zaidi (Khairudin Samsudin), Norman (Rafaat Hamzah), Tiger (Marcus Mock) dan Jack (Najib Soiman).
Terlalu banyak sangat watak orang dewasa dalam rancangan yang sepatutnya meningkatkan kesedaran tentang dunia samseng para belia. Dan situasi ini disengajakan seperti apa yang dijelaskan dalam wawancara bersama pengarahnya, Khairudin Samsudin.
Kenapa tak je kasi airtime lebih kepada plot melibatkan belia dan membuat watak dewasa ni sebagai watak latar belakang? Tak perlulah kongsi pasal mereka sangat!
Kongsi gelap
Penonton Singapura jatuh cinta dengan Anak Metropolitan kerana betapa relevannya ia dengan masyarakat kita.
Malang sekali, tatkala menonton drama Anak Met sebelumnya, kita memahami jalan ceritanya kerana kisah watak-watak dalam drama itu pernah terjadi dalam kalangan keluarga mahupun rakan kami.
Watak-watak terjebak dalam samseng jiranan dan bukan samseng kongsi gelap yang begitu… kaya, tersusun ala-ala samseng corporate.
Pada musim Anak Met sebelumnya, babak pergaduhan berlaku di tempat permainan, di tengah-tengah Orchard Road. Bukannya di bangunan usang yang dimiliki tauke kongsi gelap. So… penonton tengok pun tak boleh nak relate.
Bring back samseng ke heartlands! Tak perlu nak step mafia mana pun.
Watak bukan Melayu
Perlu ke Suria tampilkan watak bukan Melayu dalam cerita ni?
Apakah niat dan tujuan menampilkan mereka dalam kisah ini?
Watak Danial Ashriq (Nick) sebagai seorang anak muda Cina yang terjebak dalam samseng Melayu belum memberitahu penonton mengapa ia penting wataknya harus menjadi seorang Cina (setakat ini).
Lagipun, cara Danial membaca skrip juga tidak konsisten. Ada kalanya macam Cina berbual Melayu, ada kalanya macam biasa saja.
Samseng tak tahu gaduh
Dalam salah satu episod, Jack mengarah Rico (Iskandar Shah) untuk mengajar ahli samsengnya bagaimana untuk bergaduh dengan betul.
Satu-satu muka ahli samseng macam budak selenge and buntal. Ni recruitment TAF Club ke? Pelik betul.
Anak muda baca majalah
Ni babak paling merepek pernah berlaku dalam sejarah TV Melayu Singapura pasca-Covid:
Siak betul tau?
Sex worker
Anak Met musim ini ingin menonjolkan isu sex worker atau hostess.
Tapi, ini sudah dikupaskan dalam musim kedua.
Anak Met 4.0 boleh menimbulkan isu ini dengan cara yang lebih relevan yang lebih hangat.
OnlyFans.
Topik OnlyFans menjadi perbualan ramai dalam kalangan masyarakat dan terdapat segelintir pereka OF Melayu yang secara terbuka mengakui mereka mempunyai OF. Kenapa tak tonjolkan isu ini?
ke mana pergi si dekni?
Terlepas peluang.
Tak nak tengok Anak Met 4.0 lagi. Tak best. Takde unsur Anak Metropolitan langsung.
Tukar tajuk jadi Bapakku Samseng Veteran.
Hantarkan pendapat anda secara rahsia di NGL.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: mediacorp)
[…] secara damai tanpa melibatkan pergaduhan secara jasmani. Amin. Acara ini mungkin by-product Anak Metropolitan 4.0 terpaling menarik akan kita […]
LikeLike
[…] Nick Mikhail boleh tunjukkan pelakon Anak Met 4.0 cara lakonan yang lebih mampat? Apa pendapat […]
LikeLike
[…] “Kite dah tunggu benda ni dah lama, biar mereka settle once and for all!” kata Ruby, peminat Anak Metropolitan 4.0. […]
LikeLike