Tiket ‘Unfinished Business’ belum sold out

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Tiket bagi perlawanan tinju antara dua selebriti Melayu tersohor, Juffri Alui dan Sham Rahman, sudah mula dijual.

Penjualan tiket bagi pertarungan yang diberi judul ‘Unfinished Business‘ atau ‘Urusan yang Belum Diselesaikan’ bermula malam semalam, jam 8.

Walaupun kedua-dua pihak mempunyai fanbase agak besar yang ingin menyokong mereka dalam aksi ini, kami difahamkan bahawa tiket-tiket masih belum sold out (ketika artikel ini disiarkan).

Menurut lelaman Event Brite, penjualan tiket akan berakhir tepat pada jam 12 malam nanti.

Kami difahamkan ini sekadar ‘pre-sale’.

Rata-rata, ramai belia TikTok terkejut dengan harga tiket yang mencecah $50, termasuk cukai.

Pasukan Pengkritik Sandiwara telah bertanyakan beberapa peminat Juffri dan Sham untuk pendapat mereka.

“Saye ingat boleh tengok free,” ujar seorang peminat Juffri yang ingin namanya dirahsiakan.

Memang benar cakap dia, pergaduhan ini yang tercetus di TikTok seharusnya ditayangkan di TikTok LIVE secara percuma, kan? Ni kan bukan taktik pemasaran, bak kata kedua-dua pihak?

“Saya dulu minat sangat dengan Sham Rahman, tapi sekarang saya rasa macam nak unfollow sebab mengarutlah!” luah Sabariah, seorang pramugari di Lapangan Terbang Changi Terminal 3.

Sabariah juga tidak ingin membeli tiket Unfinished Business dan hanya akan mengharapkan TikTok LIVE.

“Tak hairanlah tiket mereka lebih mahal tiket konsert Masdo kat Esplanade. Ye lah, mereka kan takde sponsor,” jelas Amin, seorang pembekal jagung di Dover.

Namun begitu, terdapat juga beberapa individu yang sudah membeli tiket untuk menonton pertarungan yang akan berlangsung pada 7 Oktober kelak.

“Tak sabar nak tengok dua laki sado bertumbuk atas gelanggang nanti. Pasti melecakkan, kan?” jawab Shafik, seorang MUA.

“Kite dah tunggu benda ni dah lama, biar mereka settle once and for all!” kata Ruby, peminat Anak Metropolitan 4.0.

Acara yang sering digempar-gempurkan ini bakal berlangsung di Foochow Building Management Committee. Anda boleh dapatkan tiket-tiket anda di pautan ini.

Cepat beli sebelum tiket habis dijual!

Kongsikan pendapat anda secara rahsia di NGL kami!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Event Brite Unfinished Business)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s