Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Penjualan tiket konsert Wings di Esplanade yang sepatutnya bermula hari ini ditangguh.
Itulah yang diumumkan Shiraz Projects di Instagram mereka.
Menurut lelaman Sistic, penjualan tiket akan bermula esok (12 Ogos) jam 2 petang tetapi maklumat yang diberi oleh pihak penganjur, Shiraz Projects berkata penjualan tiket ditunda sehingga ‘further notice’.
Konsert Wings di Esplanade bakal berlangsung pada 7 Oktober 2022 pada 8.30 malam. Harga tiket bermula pada $65 bagi kategori ‘Bronze’ dan $195 untuk ‘Meet & Greet’ (tidak termasuk yuran tempahan).
Sebelum ini, konsert 2 hari Wings di Dewan Filharmonik Petrona (DFP) laris dijual dalam masa 15 minit.
Anda pasti tidak mahu melepaskan peluang ini mendengar Dato’ Awie bersama Black, Eddie, Sham dan Edrie Hashim membawa lagu rock kapa seperti “Sejati” dan banyak lagi untuk peminat rock!
Wings juga akan turut membuat penampilan di konsert F1 pada 30 September nanti.
Jadi, korang tengok kat F1 atau Esplanade?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Sistic)
[…] penjualan tiket ditangguh, peminat Wings tidak buang masa untuk merebut tiket kumpulan rock kegemaran […]
LikeLike
[…] mengalami kegenjotan pada mulanya mengenai penjualan tiket, ia tidak menghambat Shiraz Projects untuk memuaskan kehendak peminat […]
LikeLike