Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour: Singapura

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pasukan Pengkritik Sandiwara baru sahaja pulang daripada sidang kemuncak asatizah serantau konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour yang berlangsung di Singapore Expo Dewan 3 beberapa jam yang lalu!

(pemenang backstage passes!)

Para peminat Siti menunggu hampir lebih sejam daripada waktu yang ditetapkan, iaitu 8.30 malam untuk persembahan bermula. Ini kerana, pihak penganjur (mungkin dengan sengaja?) memperlambatkan proses bagi peminat-peminat untuk memasuki dewan. Apabila menjejak kaki ke Dewan 3, ramai orang berpusu-pusu dan keliru kerana kesemuanya tidak terkawal. Mereka tertanya-tanya di mana mereka harus beratur dan juga mana mulanya barisan beratur. Seolah-olah tiada pihak yang menjaga kekecohan sebelum mulanya konsert Tokti. Bukan itu sahaja, hanya terdapat sekurang-kurangnya 2 orang yang menjaga tiket untuk setiap bahagian (Meet & Greet, Diamond, Platinum,Silver). Patutlah barisan beratur amat panjang sehinggakan ada yang beratur setengah jam! Nampaknya kita harus belajar dariapada adik-adik kita yang meminati K-pop, ya? Beratur sebelum subuh agar proses dipercepatkan!

Apabila tiba di dalam panggung, alangkah hampanya 4000 hadirin kerana tempat duduk yang disediakan seperti… di sidang kemuncak syarahan!

Screenshot 2019-03-03 at 2.13.05 AM

Lihat tu, tempat duduk yang diberikan agak setakat. Kesian para peminat Siti, atau lebih dikenali sebagai Sitizoners, yang telah membeli tiket mahal tapi pantat sakit sebab duduk 3 jam di kerusi yang tidak berbantal empuk.

Apabila acara pembukaan dirasmikan oleh Natasha Sass, terdapat sedikit masalah dengan mikrofon. Nasib baik Natasha je bukan Tokti! Bukan itu sahaja, lampu yang dipancarkan ke arah penonton juga tidak dimatikan atau dimalapkan. Pelik!

Setelah sejam menunggu, barulah para peminat dapat melihat Dato’ Sri Siti Nurhaliza muncul di atas pentas dengan dendangan lagu-lagu irama Melayu yang sehingga kini masih relevan dan diminati ramai! Tokti kelihatan sungguh ayu dan manis memperagakan busana ala-ala srikandi yang berwarna kuning keramat. Beliau juga rancak berdansa kepada lagu-lagu yang dinyanyikan! Ikonik!

Selepas segmen tradisional, Siti menyanyikan lagu-lagu jiwang yang disukai ramai. Katanya, orang memang suka akan lagu jiwang! Dia juga sempat beramah mesra dan bercanda dengan peminat-peminat, itulah yang membuatnya menjadi idola ramai. Tidak lupa melayan peminat!

Tema seterusnya merupakan “chorus medley” album terbaiknya yang bertajuk Transkripsi. Lirik lagu terpancar di skrin agar peminat boleh ikut serta dan to quote Siti “karaoke bersama-sama”! Suara Siti tetap merdu dan lunak, mengubat rindu peminat.

Semasa menendangkan lagu irama pop seperti Siti Situ Sana Sini, Indah Percintaan dan Engkau Bagaikan Permata, penari-penari lelaki mengenakan baju V. Hmm?

Dia juga tidak melupakan jasa tokoh-tokoh penting yang telah memberi kesan kepada kerjayanya seperti arwah Pak Ngah dan arwah Adnan Abu Hassan. Kata-kata syukur dan terima kasih kepada keluarga, terutama ibu, anak dan suaminya juga asyik diucapkan. Ini membuktikan bahawa betapa sayangnya Siti kepada keluarga dan tetap memainkan perana sebagai seorang isteri Melayu tradisional.

Lagu-lagu hitsnya seperti Biarlah Rahsia, Seindah Biasa (duet bersama Tulus!) dan Anta Permana juga dipersembahkan dan Siti juga menyuruh para peminat nyanyi bersama! Busana-busana yang diperagakan amatlah memukau, dan juga it’s not baju repeat dari Jakarta tau! A true gay icon!

Secara keseluruhan, vibe dan tenaga di Dewan 3 malam semalam amatlah gempak dan gerek sekali sehinggakan Siti mengumumkan bahawa beliau ingin membuat konsert setiap tahun jika diizikan oleh suami! Oleh kerana peminat Siti tu ada yang semuda 10 tahun sampailah umur menjangkau 60 tahun, saya rasa pelik berdansa apabila lagu rancak seperti Siti Situ Sana Sini dimainkan. Ini kerana semua makcik-makcik duduk diam je…

Di akhir konsertnya, Siti menitiskan airmata dan kelihatan sebak seolah-olah benar-benar menghargai kehadiran kesemua peminatnya. Penonton di dewan turut menangis melihat betapa rendah dirinya idola mereka walaupun telah lebih 20 tahun berkecimpung dalam hiburan seni dan masih mengingati peminatnya!

Konsert Siti selesai tamat beberapa minit sebelum 12 malam – akibat kecuaian dan kelalaian Shiraz Projects yang mengakibatkan konsert Siti ditunda hampir sejam, ramai penonton terpaksa menaiki Grab/teksi untuk pulang ke rumah kerana terlepas keretapi terakhir!

Dengar-dengar, ramai yang kurang puas hati dengan Shiraz Projects! Tapi takpelah, konsert Tokti berjaya dan itu paling penting sekali! Kita doakan Shiraz Projects akan melakukan tugas yang baik di Kuala Lumpur dan juga di London nanti!

Jumpa anda di KL dan London!

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s