Konsert A Night To Remember Tokti tidak boleh dilupakan

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Agak sedikit mengecewakan. Itulah yang diluahkan pada diri sendiri tatkala tirai persembahan Dato’ Sri Siti Nurhaliza di Johor hujung minggu ini tertutup.

(nota: Difahamkan bahawa A Night To Remember bukanlah ‘konsert’ tetapi ‘persembahan eksklusif’. Tetapi dalam hantaran ini, istilah konsert akan digunakan untuk kesenangan diri)

Berlangsung pada 16 dan 17 Disember di Persada Johor, A Night To Remember benar-benar jujur pada judul konsertnya. Iaitu ia tidak mungkin dilupakan… tapi diingati sebab yang positif atau yang negatif?

Konsert yang ditunda dek Pilihan Raya Umum Malaysia 2022 akhirnya bertemu penonton, dan walaupun ada kelebihan masa yang diberikan kepada pasukan Tokti, nampaknya masa lebih itu tidak dipergunakan pada pendapat saya.

Tidak boleh dinafikan bahawa persembahan A Night To Remember penuh magis dan menghiburkan sekali tetapi saya rasa banyak perkara yang boleh diperbaiki. Jadi, hantaran ini akan meneliti hampir setiap aspek tau!

Jangan salah anggap. Kita bukan Tokti haters! Sesungguhnya tiada yang sempurna dan ini adalah dari pengalaman saya sendiri saja…

Merchandise

Alahai… kesian tengok merchandise Tokti.

Rasa macam nak beli kalendar 2023 Tokti tapi bila selak kalendar tu, Tokti pakai 2 busana untuk 12 bulan. Tak bestnye.

Lightstick harga RM50 macam afterthought, sekadar gambar Tokti dengan kata-kata semangat.

Yang lain kemeja-T biasa lah.

Lokasi

Terdengar seorang pakcik yang berkata bahawa panggung macam tengok acara budak tadika tamat sekolah. Betul tu… Macam kat seminar MLM pun ada.

Yang penting, pentas keciiiiiiiik sangat. Cuma ada 6 penari yang mengiringi Tokti. Prop pun takde, nok.

Kesian pulak penonton di belakang! Tempat duduk mereka tidak dinaikkan (elevated). Oh wells.

Mungkin Persada Johor boleh pertimbangkan perkara ini? Kalau Aina Abdul buat konsert kat tempat sama… tak nak lah pergi.

Visual

Apabila melihat pancaran skrin yang menunjukkan visual-visual semasa Tokti menyanyi… hmm agak basic. Sekadar tajuk lagu dan latar belakang bunga-bunga vibes. Kenapa eh? Tak cukup bajet nak buat yang lebih gempak, ke?

Bukan itu saja, video yang dimainkan semasa Tokti salin pakaian baru pun terlalu simple. Macam tengok YouTube BBNU buat wawancara pendek.

Sepatutnya, semasa menunggu Tokti menukar busana, artis jemputanlah yang nyanyi, kan?

Terlalu banyak artis jemputan?

Selain Tokti, antara penyanyi yang turut menghiasi pentas di Johor Bahru itu adalah Aina Abdul dan Khai Bahar. Kedua-dua sekali merupakan penyanyi lagu hits Nafas Cinta.

Konsert yang patut bermula pada 8 malam hanya bermula pada 8.30 malam. Dengan sebanyak 2 artis jemputan, dan masing-masing menyanyikan 2 lagu penuh bersama 1 lagu duet, kemunculan Tokti hanya dapat dirasai pada jam 9 malam!

Walaupun kedua-dua Khai dan Aina artis hebat yang digilai ramai buat masa kini, adakah wajar untuk menjemput dua artis meletop untuk konsert penyanyi bertahap diva?

Ini kerana ia memakan masa konsert untuk memberi ruang kepada mereka, membuat masa untuk bersama Tokti disingkatkan. 😦 In fact, lagu-lagu pada persembahan kali ni tak banyak konsert solo Siti di Singapura dulu!

Namun begitu, tidak boleh dinafikan bahawa kedua-dua Aina dan Khai dijemput oleh Tokti kerana Min percaya Tokti menganggap mereka sebagai pelapis untuk industri muzik Malaysia!

Tokti time

Ternyata, populariti Tokti tiada tandingnya. Suasana di panggung benar-benar membuktikan bahawa beliaulah penyanyi nombor satu Malaysia dan mungkin Nusantara!

Sorakan terpaling gemuruh dapat didengar dan dirasakan sebaik saja Siti Nurhaliza munculkan diri bersama penari untuk lagu pertama – 7 Nasihat. Beliau bukan saja menyanyi dan menari, malah rap pun dia angkut! Kau ada?

Kebanyakannya lagu-lagu dalam bentuk medley dinyanyikan. Maklumlah, beliau ada terlalu banyak lagu! Kalau nyanyi semua, Tokti kata 7 hari 7 malam pun tak habis.

Tiap kali ada medley, Tokti akan kata ini medley dan memberi sebab yang serupa. Seolah-olah menjadi rekod rosak yang asyik mengingatkan penonton akan perkara yang sama. Hairan…

Medley yang Min suka adalah Kuasa Cintamu dan Bukan Cinta Biasa! Ranggi sangat.

Tokti juga nyanyikan Biarlah Rahsia versi kronchong dan Seindah Biasa pula dijogetkan.

Antara nyanyian, penyanyi asal Pahang itu juga menceritakan tentang suaminya, anaknya dan peminatnya. Itulah yang membuat Sitizoners sayangkan Siti kerana sifat rendah dirinya, sopan santunnya dan cintanya terhadap peminat beliau!

Konsert berakhir dengan segmen tradisional dan penonton diajak berdiri untuk joget bersama. Mengakhiri konsert on a high note! Kasihannya, tiada encore.

Terlalu singkat?

Masa berlalu dengan pantas sekali, seolah-olah belum puas lepaskan rindu tau.

Tak tahu kenapa, rasa macam beliau tak nyanyi banyak sangat lagu.

Bagi Min, memang rasa macam sikit. Bahkan, lagu ikonik beliau, Purnama Merindu, tidak dinyanyikan! Apa niiiiii, sedih wei. Umpama persembahan Tokti tak lengkap semalam.

Segmen tradisional pula terasa pendekkkk sangat. Sekadar Cindai dan Hati Kama je? Hampa teramat.

Kelakarnya, ada ruang tempat duduk Meet & Greet dinamakan Siti Situ Sana Sini tapi lagu pop itu tidak dinyanyikan!

Walaupun begitu, persembahan A Night To Remember sememangnya seronok dan best sekali. Tak kisahlah beliau tak nyanyikan sebanyak lagu yang Min inginkan, yang mustahaknye pembeli tiket dapat mendengar suaranya yang power!

Mungkin Min meletakkan jangkaan tinggi terhadap penyanyi bertaraf antarabangsa ini dan oleh itu perasaan hampa dan kecewa terasa. Ye lah, Diva nombor satu seantaro Nusantara, kan? Lagipun, ni showcase skala kecil saja kan?

Semoga kerjaya Dato’ Sri Siti Nurhaliza terus maju dan lebih banyak lagu akan dinikmati setiap usia!

Mungkin Tokti boleh ke Singapura pula tahun depan? Asalkan jangan buat kat Expo sudah.

– Pengkritik Sandiwara

P.S.

Min tak sentuh isu busana Tokti sebab ramai yang bincangkan di Twitter! Lagipun, Min duduk segmen Cindai so tak lah dekat mana, bila dia perform tu tak nampak details bajunya…

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s