Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Menjelang 12 Ogos nanti, warga Singapura boleh menikmati sebuah konsert yang dipenuhi bintang dari Indonesia!
Diva Nusantara, Rossa akan mengadakan sebuah konsert yang diberi nama sempena album terbarunya, Another Journey: The Beginning.
Konsert anjuran SAH Entertainment dan Inspire Indonesia itu bakal diadakan di panggung yang kini sinonim dengan konsert oleh artis di rantau ini iaitu Star Theatre.
Selain itu, Rossa, atau dikenali manja dengan panggilan Teh Ocha, juga diiringi penyanyi Indonesia yang bukan calang-calang orangnya! Bukan satu, tetapi dua! Dan kedua-duanya sedang meletop-letop dan popular dalam kalangan anak muda.
Mereka adalah pasangan diminati ramai – Rizky Febian dan Mahalini yang masing-masing popular dengan lagu Hingga Tua Bersama dan Sial.


Menurut siaran Instagram yang dikongsi bersama oleh kedua-dua SAH Entertainment dan Inspire Indonesia, konsert ini adalah untuk mereka yang membesar dengan lagu-lagu Rossa melalui cinta pertama mereka (dan juga dukacinta). Rossa akan mengenalkan era barunya menerusi album terbaru, dan penonton boleh menjangkakan lagu-lagu evergreen serta hitsnya pada malam tersebut.
Sufi Rashid, selaku orang kuat Sah Entertainment, turut akan membuat penampilan.
Tiket-tiket akan mula dijual pada 9 Mei untuk pelanggan Telegram pada 10 pagi manakala penjualan awam akan mula pada 10 Mei pukul 3 petang.
Tiket-tiket bermula pada harga $78 hinggalah tiket VIP yang berharga $288.
Tiket VIP termasuk merchandise, meet & greet, poster yang ditandatangani, lanyard, laluan khas serta 30 minit BTS pass! Wow, gempak betul.
Nampaknya, untuk konsert album Rossa akan ada tiga penyanyi jemputan. Harap-harap, penyanyi jemputan ni tidak akan ambil masa yang banyak daripada Rossa, ya? Kerana itulah yang terjadi pada konsert Tokti kelmarin di Johor Bahru di mana penampilan Aina Abdul dan Khai Bahar membuat konsert Dato’ Sri Siti Nurhaliza rasa begitu singkat!
Yang penting, Min lurveeee sangat poster ni semua. Curlass!
So… korang pergi tak? Ha… circle 2 pun diorang bukak so harap-harap yang beli time jualan awam masih ade ye.
Apakah antara lagu kegemaran Rossa uolls? Kalau iolls, harus ada is of cuz Pudar dan Atas Nama Cinta!
– Pengkritik Sandiwara
[…] akan datang adalah konsert Dayang Nurfaizah, Kris Dayanti, ST12, Rossa, Slam dan banyak […]
LikeLike
[…] beberapa bulan akan datang, artis-artis yang akan menghiasi lokasi berprestij ini adalah ST12, Rossa, Slam, Kris Dayanti, Dewi Persik, M Nasir dan ramai lagi, […]
LikeLike
[…] ni (yes, diorang bukak semua tiga tingkat tau!) dan semoga konsert lain pun laku! Dah beli tiket Rossa belum, […]
LikeLike