Newboyz akhirnya kembali ke sG September ini

Bertahun telah peminat mereka nantikan. Dan kini, Newboyz akan kembali untuk menawan para gadis Singapura pada bulan sembilan nanti.

Menurut Instagram Sah Entertainment dan Eventify Asia, kugiran yang popular pada awal 2000-an itu akan mengadakan konsert pada 9 September 2023 di panggung Star Theatre.

Antara sebab mengapa Newboyz dibawa ke Singapura adalah kerana peminat telah membanjiri peti masuk Sah Entertainment, semata-mata agar pihak penganjur menjemput kumpulan yang diterajui Tomok ini ke Singapura.

Pasti ramai peminat yang membesar dengan lagu Meraung, Sejarah Mungkin Berulang, Norkia dan banyak lagi tidak akan melepaskan peluang untuk bersua muka dengan idola mereka, kan?

Persoalannya, siapakah anggota Newboyz lain yang akan muncul di konsert ini?

Tiket-tiket akan mula dijual mulai 9 Jun (akses Telegram) dan 10 Jun (penjualan awam) di lelaman Sistic.

Antara konsert lain yang bakal berlangsung di tempat yang sama adalah konsert M.Nasir, Slam, Rossa, D’Masiv dan banyak lagi.

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Sah Entertainment)

2 comments

Tinggalkan komen