Anda boleh tentukan nama Melayu Star Theatre

Panggung ini amatlah sinonim dengan konsert Melayu mahupun Indonesia.

Bahkan, rasanya janggal sekiranya penyanyi Malaysia atau Indonesia tidak membuat persembahan di tempat ini.

Artis Nusantara begitu kerap membuat persembahan di sini sehinggakan ia rasa seperti apa yang Wisma Geylang Serai inginkan – iaitu menyatukan masyarakat Melayu demi memupuk rasa cinta terhadap budaya, bangsa dan bahasa!

Tidak kisahlah anda peminat muzik Gen Z atau Boomer, pasti anda sudah ke destinasi yang kami maksudkan ini.

Ya, tak lain tak bukan Star Theatre yang terletak di tapak Star Vista.

Sejak kebelakangan ini, Star Theatre merupakan destinasi utama untuk artis-artis Malaysia serta Indonesia mengadakan konsert dan bertemu peminat Singapura. Dan baru-baru ini pula, kami bertanyakan pembaca Pengkritik Sandiwara sama ada ia perlu untuk adakan istilah Melayu untuk ‘Star Theatre’.

Rata-rata, ramai daripada pembaca kami setuju dan ada juga yang memberi saranan! Terlalu banyak sangat saranan dan oleh sedemikian, kami akan meminta pertolongan anda untuk menentukan istilah Melayu bagi ‘Star Theatre’.

antara cadangan nama Melayu Star Theatre

Kami di Pengkritik Sandiwara telah merujuk Dewan Istilah Baharu Singapura (DIBS) dan Persatuan Cikgu-cikgu Bukan MOE untuk pendapat mereka serta saranan terbaik untuk nama Melayu ‘Star Theatre’.

Aspek tapak pembinaan, sejarah, budaya dan banyak lagi telah dipertimbangkan dalam penamaan ‘Star Theatre’.

Tiga istilah yang dipilih adalah… Teater Kerdipan Cakerawala, Panggung Gereja Bintang dan Bukit Bintang Temasek.

Di bawah, kami akan jelaskan mengapa istilah sedemikian dipilih. Anda boleh mengundi untuk nama kegemaran anda di hujung siaran ini.

Teater Kerdipan Cakerawala

Memetik ilham daripada beberapa selebriti yang pernah menghiasi panggung ini, ‘kerdipan cakerawala’ mencerminkan bintang-bintang yang telah dan bakal menggegarkan pentas ‘Star Theatre’.

‘Kerdipan’ merujuk kepada cahaya nur para selebriti akan sentiasa menjadi suria dan menyinari panggung di Buona Vista itu. Manakala ‘cakerawala’ melambangkan artis-artis dari luar negara yang sudah terbang ke Singapura untuk berkonsert.

Panggung Gereja Bintang

Sejarah Star Theatre tidak harus diketepikan. Oleh itu, gelaran ‘Panggung Gereja Bintang’ amatlah sesuai buat lokasi ini yang menempatkan khidmat gereja New Creation Church setiap Ahad.

.

Nama ini juga membuktikan bahawa Singapura adalah negara majmuk yang hidup harmoni di mana pelbagai agama boleh dan harus meraikan perbezaan masing-masing di bawah satu bumbung.

Bukit Bintang Temasek

Kemungkinan besar ‘Star Theatre’ merupakan teater tertinggi di Singapura – sampai tingkat 10, kan?

gambar: FB The Star Vista

Oleh itu, istilah ‘bukit’ melambangkan status ketinggian bangunan ini. Bukan itu saja, ‘Bukit Bintang’ adalah sebuah kawasan di Kuala Lumpur, Malaysia yang pesat dengan hiburan (muzik jalanan). Oleh kerana itu, amatlah sesuai untuk namakannya sempena Bukit Bintang – kerana Star Theatre menempatkan pemuzik bukan calang-calang.

Temasek ditambah supaya orang ramai tidak keliru tempat ini dengan Bukit Bintang yang asli.


Jadi.. setelah membaca semuanya. Apakah pilihan anda?

Undi betul-betul k, kalau nak undi banyak kali, refresh jek!

Star Theatre sudah banyak berjasa kepada masyarakat Melayu setempat. Antara konsert yang sudah dikendalikan di sini adalah konsert Ungu, Masdo, Anuar dan Ziana Zain, Wali Band, Andmesh Kamaleng dan banyak lagi.

Menjelang beberapa bulan akan datang, artis-artis yang akan menghiasi lokasi berprestij ini adalah ST12, Rossa, Slam, Kris Dayanti, Dewi Persik, M Nasir dan ramai lagi, insyaAllah!

Semoga Star Theatre akan terus menjadi tempat di mana muzik Nusantara dirai dan masyarakat Melayu bersatu.

– Pengkritik Sandiwara

(Undian akan ditutup pada 31 Mei, 2359)

(gambar header: FB The Star Vista, Ticket Master)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s