Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sesi Meet & Greet terlalu pantas, tidak boleh selfie, audio kurang bermutu dan visual tiada nilai estetiknya.
Itulah antara luahan yang dikongsi bersama kami mengenai konsert yang berlangsung malam semalam (29 April) di The Star Theatre.
Konsert Luar Biasa anjuran Offshore Entertainment yang menampilkan Andmesh Kamaleng, Cakra Khan, Hady Mirza, Taufik Batisah dan Maya Raisha itu mendapat reaksi yang berbeza-beza.
Kami difahamkan bahawa ramai yang amat menyukai set Andmesh tetapi bagi persembahan yang dilakukan penyanyi undangan, tidak begitu gempak kononnya.
Visual dan audio kurang power
Menurut seorang pengikut kami menerusi NGL, sistem suara dan visual seakan persembahan di balai rakyat. Hmm… memang tak boleh dinafikan bahawa visual mereka agak kurang!
Selain itu, pengikut itu juga berkata mutu vokal latar dan pemuzik jauh beza berbanding konsert-konsert besar yang lain. Beliau amatlah hampa.
Sebenarnya, apabila Min ternampak Norfasarie memuatnaikkan IGS tentang konsert ini, Min terkejut melihat visualnya yang seolah-olah dilakukan untuk projek sekolah menengah.


(gambar tangkap layar IG Norfasarie)
Sesi Meet & Greet huru-hara
Satu lagi isu hangat yang timbul daripada konsert ini adalah kehuru-haraan semasa sesi Meet & Greet.
Pertama sekali, Min ingin menekankan bahawa pemegang tiket M&G ini membayar harga premium untuk mendapatkan peluang untuk bertemu dengan artis kegemaran mereka. Oleh itu, ia satu amanah besar yang harus pihak penganjur laksanakan demi membahagiakan penonton yang telah menghabiskan wang untuk sesi M&G.



Ada yang kata bahawa sesi M&G ini berkumpulan – di mana 10 orang (yang mungkin tak kenali satu sama lain) bergambar dengan para penyanyi ini. Kesiannya… dah beli tiket mahal pastu amek gambar dengan strangers…
Kalau apa yang si dekni cakap betul… ini bermaksud sesi M&G ni untuk semua artis? Even si Maya Raisha tu? Gurl, I think at this point dia dah boleh tempah Grab and balik kot.
Poster meramalkan keflopopan
Apabila ternampak poster konsert ini pada awal-awal ia diumumkan, Min pk ni cuma poster placeholder saja. Tapi poster rasmi… No komen la, kan? Memang mereka sepatutnya mengupah pereka grafik yang betul-betul mahir.
Dengan desain poster saja, Min dah boleh agak konsert ini akan flop. Lihat saja visual yang dipancarkan semasa konsert. Adoi… (kecuali Andmesh punya ok, tu customised hahahah)
Selain itu, tak ke konsert yang ingin memberi perhatian kepada Andmesh ini ada banyak sangat artis jemputan?
Dengan tumbuhnya penganjur konsert bak cendawan selepas hujan di dunia Melayu Singapura, harap sangatlah penganjur konsert akan lebih teliti apabila membuat konsert. Ni bukan benda suka-suka… peminat condemn kalau korang asal boleh anjur ala-ala syiok sendiri.
Semuanya haris tip-top. Dari segi pengumuman, poster, konten prakonsert serta pascakonsert, video-video promosi, pemasaran di pelbagai media, crowd control, visual serta audio, merchandise dan banyak lgi!
Kalau konsert pertama tu tak begitu sukses, jangan harap uolls boleh maintain dalam industri ini. Boleh tu boleh, tapi tipis kot.
Lihat saja konsert Rockl4sik anjuran Rab International baru-baru ini di Esplanade… hauk betul.
Jangan harapkan pemasaran media aliran utama
Sama seperti Rab International, Offshore Entertainment juga memasarkan konsert ini di media aliran utama (mainstream media) iaitu mediacorp. Sering dengar iklan mereka di radio (Warna/Ria?) dan juga di saluran Suria.
Tapi lihatlah… adakah pemasaran di syarikat media ini membuahkan hasil? KPI capai ke tak? Renung-renungkanlah ye. Bukak ruang duduk tingkat 3 tu tapi kosong… wekwek.
Tapi apa yang Min suka adalah pemasaran pempengaruh yang dilakukan oleh Offshore Entertainment untuk mengiklankan konsert mereka. Ini agar mereka dapat mempromosikan acara mereka kepada anak muda.
Antara pempengaruh (dan juga penyanyi kecil-kecilan) yang mereka bekerjasama dengan adalah Azula Cinta, Zhin, Sabrina Nasir, Wafiq Hadee, Roziana Cindy dan ramai lagi.
Min yakin, mereka yang ke konsert ini amat suka dan enjoyz sangat, kan? Tapi pada masa yang sama, Min harap sangat pengajur konsert boleh memperbaiki lagi mutu konsert secara keseluruhan. Konsert bukan saja untuk penonton mendengar penyanyi menyanyi; ia satu pengalaman menyeluruh di mana hampir setiap deria kita aktif membuatkan suasana konsert satu peristiwa yang indah dan tidak boleh dilupakan!
Konsert-konsert akan datang adalah konsert Dayang Nurfaizah, Kris Dayanti, ST12, Rossa, Slam dan banyak lagi.
Ada lagi luahan tentang konsert ni? Jom kongsi kat NGL.
– Pengkritik Sandiwara
Kemas kini: gambar-gambar M&G boleh dilihat melalui pautan ini. Lihat dan nilai sendiri.
[…] setelah penglibatannya dalam konsert yang agak flop berjudul Konsert Luar Biasa yang menampilkan Andmesh bersama Cakra Khan, Hady Mirza dan ramai […]
LikeLike
[…] dan sedap berbanding minggu lepas. Ajai memberi 49% manakala Aina memberi 70% markah. Juri undangan Andmesh Kamaleng memberi sebanyak […]
LikeLike
[…] yang sudah dikendalikan di sini adalah konsert Ungu, Masdo, Anuar dan Ziana Zain, Wali Band, Andmesh Kamaleng dan banyak […]
LikeLike
[…] dah bicarakan hal ini dalam posting Konsert Luar Biasa. Boleh baca […]
LikeLike