Taufik Batisah ingin konsert solo?

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Singapore Idol pertama, Taufik Batisah berkongsi di Instagramnya bahawa beliau mempunyai keinginan untuk membuat konsert.

Ini setelah penglibatannya dalam konsert yang agak flop berjudul Konsert Luar Biasa yang menampilkan Andmesh bersama Cakra Khan, Hady Mirza dan ramai lagi.

Menurut penyanyi Awak Kat Mana itu, dia “rasa macam tak cukup”.

Taufik bertanyakan di Instagram sama ada beliau harus adakan konsert ulang tahun ke-20 tahun depan untuk menyambut 20 tahun dalam industri nyanyian ini.

Beliau juga menanyakan apakah antara lagu yang harus beliau dendangkan.

Hmm… lagu febret Min tu la Reach Out For The Sky!

Selain itu, siapa antara artis jemputan yang korang nak tengok? Pasti gempak kalau ketiga-tiga Singapore Idol – Hady Mirza serta Sezairi – di satu pentas.

Pasti ramai pengundi Taufik Batisah semasa zaman Singapore Idol akan terpusu-pusu nak beli tiket, kan?

Lagipun, SAH Entertainment dah sound…

gambar tangkap layar IG Taufik Batisah

Kalau SAH Entertainment yang anjurkan, kemungkinan besar ia akan berlangsung di Star Theatre, kan?

Kami di Pengkritik Sandiwara doakan yang terbaik buat Taufik agar dapat merealisasikan impian itu!

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Taufik Batisah)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s