Surprise! Farhan Shah di Big Stage 5

Salam sejahtera para pembaca setiaku,

Penyanyi tanah air, Farhan Shah, membuat kejutan di pentas Big Stage 2023 dengan menjadi peserta antarabangsa pertama pada musim ke-5 itu.

Alumni Singapore Idol musim ketiga itu menyanyikan lagu Sesuatu Janji nyanyian asal Taufik Batisah. (eh kenapa tak nyanyi lagu sendiri?)

Malang sekali, Farhan Shah meraih markah terendah iaitu 37% saja. Semoga persembahan minggu depan lebih gempak!

Antara peserta lain yang menyertai Big Stage ke-5 ini adalah Naufal Azrin, Puteri Khareeza, Nadeera Zaini, Meer Nash, Firdaus Rahmat, Isaac Voo, Aufahanie, Putera Muhammad, COEX, Hoondoo (Korea Selatan), Waode Heni (Indonesia) dan Dem Lepak Boyz.

Kali ini, rancangan realiti yang menampilkan BBNU ini dihoskan oleh Elly Mazlein (Kak Lina Pom Pom) dan Rina Nose. Aina Abdul dan Ajai pula menjadi juri tetap.

Kami harap Farhan Shah akan melakukan yang terbaik untuk pertandingan ini dan mengharumkan nama negara kita, InsyaAllah. Majulah!

Min lurve sangat cover Mariah Carey yang trio ni buat

Kalau nak tengok Big Stage, sila langgan Astro tau. Jangan langgan TV Box tu… kekekeke

– Pengkritik Sandiwara

(gambar header: IG Farhan Shah, Astro Gempak)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s