Terkejut beruk.
Begitulah reaksi Min sebaik saja terpandang siaran Instagram Ria yang menampilkan mantan mantan DJ Ria, Hans Ashrie, yang kini pulang ke pangkuan syarikat besar dan kembali melakukan tugas yang beliau tinggalkan 3 tahun lepas pada 11 Mei 2020.
Pagi tadi, Hans Ashrie serta Nity Baizura menghidupkan semula rancangan #2BudakNakal pada jam 6 hingga 10 pagi. Rancangan ini ke udara di stesen Ria 89.7FM setiap hari Isnin hingga Jumaat.
Hans juga mengendalikan MJ12 pada setiap Isnin hingga Rabu.
Rata-rata, ramai pendengar yang mengalu-alukan kedatangan semula pemenang Aku DJ Ria 2017 itu. Namun, sebab mengapa Hans kembali ke Ria nampaknya belum diketahui (mengikut penyiasatan kami).
Sebelum ini, Hans Ashrie pernah menceburi dunia YouTube di mana salurannya seolah-olah hidup enggan mati tak mau.
Bukan itu saja, jejaka berwajah tampan itu turut berkecimpung dalam dunia kewartawanan untuk akhbar setempat, Berita Harian Singapura.
Kami berharap peminat Hans yang sudah lama tidak mendengar beliau di corong radio gembira dapat mengubat rindu setiap pagi. Dan semoga maju jaya buat Hans Ashrie! Anda boleh dengar segmen #2BudakNakal di radio serta meLISTEN.
Dalam pada itu, difahamkan bahawa DJ Danial Shahrin telah pun meninggalkan Ria.
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Facebook Ria)