Hari terakhir Hans Ashrie di konti Ria

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Nampaknya semakin hari, semakin sikitlah kakitangan di stesen radio setempat, Ria 89.7 FM.

Pagi semalam (11 Mei) merupakan hari terakhir DJ Hans Ashrie bertugas di konti Ria sebagai seorang DJ Mediacorp.

Pemenang Aku DJ Ria 2017 itu menjelaskan bahawa dirinya akan membuka lembaran baru dalam hidupnya selepas ini.

Hans juga telah mengadakan sesi Instagram LIVE bersama pasangan juruhebahnya, Fiza O malam semalam.

Dalam sesi IG Livenya itu, mereka berdua berborak sedikit tentang perjalanan Hans sebagai DJ muda. Walaupun ramai orang yang menanyakan mengapa Hans meninggalkan Ria, jawapan yang diinginkan para peminat belum diketahui.

Dalam sesi LIVE itu, Fiza O mengatakan bahawa dirinya terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hans telah pun tender resignation. Fiza O berasa ‘marah’ kerana walaupun mereka berdua mengongsi banyak masa bersama, perkara ini tidak diberitahu kepada Fiza O awal-awal lagi.

Namun begitu, Hans telah memberitahu penyokongnya bahawa dirinya tidak akan tinggalkan industri hiburan. Malah, Hans akan terus terlibat dalam seni hiburan, cuma bidang yang lain.

Dalam sesi IG LIVE keduanya, Hans menerangkan bahawa antara projek yang akan dia lakukan ialah saluran YouTube GerekTV, di mana dia sudah pun terlibat sebelum ini.

Bagi mereka yang masih ingin tahu sebab-sebab mengapa Hans berhenti, tunggu saja! Ini kerana Hans sudah berkata bahawa dia akan menjelaskan perkara ini satu hari kelak.

Ramai juga yang tertanya-tanya siapakah yang akan mengendalikan slot MJ12. Hans tiada jawapan dan apabila soalan itu diaju kepada Fiza O, sepertinya connection Fiza O lag.

Para DJ lain juga telah meluahkan perasaan mereka di Instagram mengenai pemergian Hans. Antaranya Nity Baizura!

Satu ketika dahulu, mereka ni Sasya Baby dan Boi Manja gitew.

Pada masa yang sama, mantan DJ Ria, KC Champion pun mengongsi pendapatnya mengenai hari terakhir Hans.

Apakah yang dimaksudkan oleh KC dengan, “I’m sure from years of being a producer and presenter you will know what is crossing the line. Alhamdulillah, Astaghfirullah, InsyahAllah, Assalamualikum is not crossing the line 🤭😊”? Hmmm…

Hmm apakah ini? Tak tau lah eh…

So… Bila Ria dan Warna nak bergabung? Macam dah tak cukup manpower aku tengok. So.. Aku DJ Ria 2020 soon?

Kepada Hans, kami ingin ucapkan semoga maju jaya dalam apa jua perkara yang akan anda lakukan pada masa hadapan!

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header/ Hans Ashrie Facebook)

Advertisement

6 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s