Dek TikTok tular, Hans Ashrie difitnah

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Gara-gara video TikTok yang secara tiba-tiba muncul di FYP (For You Page), personaliti setempat ini difitnah.

Itulah yang berlaku kepada mantan DJ Ria, Hans Ashrie, apabila TikTok rakannya, Aidil Arsad, terpampang di FYP baru-baru ini.

Dalam video tersebut, Aidil, yang juga seorang pempengaruh mikro, mengongsikan video-video pendek di mana dirinya bersama Hans bersama, seperti mana dua rakan karib sering meluangkan masa bersama. Bukan saja rakan karib, mereka juga bekerja bersama di bawah naungan Mak Besar!

Jadi, tak hairanlah mereka amatlah rapat.

Namun, ada saja hamba Allah yang takde hek takde hok tiber nak bikin cerita… Dalam ruang komen video TikTok yang kini sudah tidak wujud lagi kepada khalayak umum, terdapat komen yang menyatakan bahawa Hans Ashrie telah “meninggalkan seorang wanita untuk menjadi seorang yang gay” katanya.

And of course, kerana TikTok tersebut tular dan maklumat palsu tersebar, Hans Ashrie mengambil keputusan untuk menegangkan kebenaran!

Semalam, Hans Ashrie menegaskan bahawa dirinya tidak bent setelah putus tunang. Malah, Hans tidak pernah pun kongsi dengan awam mengapa ia berlaku.

Selain itu, kata-kata si polan bernama Ola tu telah mengakibatkan kekecohan kepadanya, rakan-rakannya dan keluarganya.

Pada masa itu, Hans Ashrie turut berkata bahawa dia tidak akan menghentikan Aidil daripada mengongsi video tersebut. Well, memang tak perlu pun sebab it’s lit rally 2 friends hanging out je kot?? Cuma dia nak tukar lagu je… tapi Min lupa lagu apa dalam video tu.

Aidil Arsad juga mengongsi mengenai peristiwa ini di Instagramnya.

Period, king! Zip sua, konfiden tau si Ola tu????

Namun, dalam kehuru-haraan drama ini, ia menimbulkan beberapa persoalan.

  • Adakah dua sahabat di mana jantinanya sama secara automatik dilabel ‘gay’?
  • Mereka tidak boleh kongsi gambar di socmed walaupun mereka tertarik kepada jantina yang berbeza?
  • Salah ke nak kongsi video kita luangkan masa bersama rakan karib?
  • Queerbaiting satu perkara yang biasa di TikTok, mungkin boleh report semua video seperti itu?
  • Adakah masculinity anda amat fragile sehinggakan secebis kelembutan yang dilihat pada seseorang lelaki dianggap sebagai gay?

Harap renung-renungkanlah.

Peristiwa ini merupakan satu contoh bahawa kebencian terhadap queers (tidak kisah individu, tempat, masyarakat, idea atau apa-apa pun) boleh membawa padah kepada mereka-mereka yang bukan daripada golongan queers. So… fikir dua kali, ye dik?

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Instagram Hans Ashrie)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s