Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pemenang Aku DJ Ria 2017, Hans Ashrie, sudah putus tunang.
Itulah yang dikongsi bekas juruhebah Mediacorp itu di Instagramnya malam tadi.
Menjawab soalan yang diaju di Tellonymnya, Hans Ashrie berkata bahawa mereka berdua telah putus tunang pada bulan Jun lepas.
YouTuber itu mengambil kesempatan ini untuk menjelaskan secara rasmi kepada pengikutnya bahawa beliau sepatutnya menyambut ulang tahun pertunangannya yang pertama, tapi bak kata pepatah, kita merancang, Tuhan yang menentukannya.
“Laluan ini bukan untuk kami berdua jalani bersama,” tulis pempengaruh kacak itu.
Hans juga harap orang ramai akan mendoakan yang terbaik untuk dirinya serta bekas tunangnya, Syafiqah Khan.
Hans juga berkata bahawa amat sukar apabila beliau melalui fasa itu, mujur kini Hans lebih baik.
Kami harap Hans akan terus tenang dan tabah mengharungi segalanya dalam love life department ni! Ha… kalau uolls yang nak sliding DM tu… dah boleh kot? Tapi tak tau dia masih single ke tak eh? TIBER! Kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum vibes!
Whatever it is, semoga maju jaya dalam kerjaya influencer dan YouTube yang Hans ceburi ni, insyaAllah!
– Pengkritik Sandiwara
p.s. Ekcili baru haritu sis stalk si Hans ni sebab tertanya-tanya bila dia nak kahwin. Abeh sis perasan takde gambar tunang but kalau tak silap, gambar bersama Syafiqah masih ada (gambar normal). So sis pk dia nak lowkey or what but jodoh tak kesampaian...
(Gambar header: Instagram Hans Ashrie)
[…] Hans Ashrie menegaskan bahawa dirinya tidak bent setelah putus tunang. Malah, Hans tidak pernah pun kongsi dengan awam mengapa ia […]
LikeLike