Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Baru-baru ini, Suria amat sibuk dengan promosi drama yang menelan kos belanja yang agak tinggi bertajuk “Hilang Kasih Di Sarajevo”. Kepada makcik-makcik di luar sana, huruf “j” di dalam perkataan Sarajevo ini disebut sebagai bunyi “h”! Kalau nak sebut Sarajevo tu, sebutlah “Sarahevo”! Kesian ye, tajuk panjang-panjang abeh susah nak sebut.
Drama oleh Faishal Ishak ini amatlah gempak sekali kerana ada sidang media dan tayangan perdana di Muzium Negara baru-baru ini! Fuh, meletop! Macam dulu lah drama Kasih Berbisik lakonan Nick Mikhail dan Nurul Aini. Fakta menarik: Kasih Berbisik merupakan antara salah satu drama pertama yang dikupaskan oleh bos kami di Pengkritik Sandiwara! Namun begitu, adakah drama yang menarik perhatian ramai ini juga menarik dan tidak akan flop?! Kita harus menonton untuk ketahui…
Barisan pelakon yang menjayakan drama ini bukan calang-calang orangnya! Semuanya gempak-gempak belaka dan di golongan MELETOPZ GITEW.
Lihat tu, ada Nurul Aini, Fir Rahman, Hatta Said, Rima Melati Adams, Adlina Adil, Hasnul Rahmat, Norman Ishak, Shenty Feliziana, Hamidah Wahab dan ramai lagi lah! Sampaikan suami sivil Rima Melati, Marcell menjadi penyanyi untuk lagu tema drama ini!
https://www.instagram.com/p/BsPErhVj9SX/
Bukan sekadar promosi di TV sahaja… Di bas pun ada!
Amboi… Suria nak tarik perhatian siapa? Rakyat-rakyat Cina ke..? Tak perlulah. Buang duit saja!
Saya berharap sangat drama yang dirakamkan di Bosnia ini tidak akan menghampakan! Mungkin kita dapat melihat jalan cerita yang lebih menarik dan penuh saspens dan drama dalam 13 episod ini. Dan kepada mereka yang rindukan lakonan Rima Melati di Suria… Inilah masanya untuk ubati rindu!
Agak-agak, apakah kelainan drama ini daripada drama-drama yang lain yang melibatkan luar negara eh? Kononnya kisah cinta berputik masa perang or whateva, we shall see!
Jom kita berhusnuzon, ye?
– Pengkritik Sandiwara