Mamaku Sayang

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Malam semalam, Suria telah siarkan rancangan kanak-kanak terbaru bertajuk Mamaku Sayang yang dibintangi oleh Rosita Hussin, Jeff Catz, Yuslina Yussof, Azzy Mozerin, Iskandar Shah, Fadli Kamsani, Freda Mel, Zia Azira, Fikri Aiman dan Hermie Latiff!

Drama ini mengisahkan Azizah yang menjadi ibu angkat/titipan kepada 3 orang anak yang bernama Fatin, Hamkah dan Johari. Dalam drama ini, penonton bakal melihat bagaimana anak kandung Azizah, Nafeesah terpaksa bertolak ansur apabila duduk sebumbung bersama adik-beradik baharu.

Dalam episod pertama, Azizah dihantarkan ke hospitak dan anak-anaknya semua bergegas untuk melihatnya. Watak Nafeesah sedang berlatih ballerina and all I want to say is, Yuslina Yusoff, SHOULDERS DOWN. Do your homework, bukan susah sangat kot… Dan setelah adegan di hospital, penonton dibawa balik ke tahun 2008 di mana penonton diberitahu bagaimana Fatin menjadi ahli keluarga Azizah.

Pendek kata, Fatin hampir menjadi mangsa seks bapa tirinya dan demi melindungi anaknya, ibu Fatin hantar Fatin ke rumah Nafeesah dan that’s it. Mungkin dalam episod-episod akan datang, kita dapat melihat bagaimana Johari dan Hamkah pula disertakan dalam keluarga ini.

Saya cuma ingin tahu sama ada Azizah menjalani proses-proses rasmi untuk menjadi ibu angkat/titipan untuk 3 orang anak ini. Sebab ni tahun 2008 bukan 50/60-an di mana anak cina diberi kepada keluarga Melayu dengan sebegitu sahaja. Sebab kalau tak, Azizah dah boleh bukak yayasan atau rumah kebajikan dah.

Adakah kita akan melihat lebih kisah-kisah semasa mereka kecil lagi atau akan sering ulang-alik dari 2008 hingga waktu kini dan melihat growth mereka sebagai adik-beradik angkat? Kepada anda yang telah menonton, anda setuju tak bahawa ia memberi Sayang Semuanya vibes?

View this post on Instagram

😄 #tbt

A post shared by Norman Ishak (@norman_ishak) on

Drama pasal keluarga gitew! Saya harap mutu drama ini setaraf atau menjangkau drama klasik Sayang Semuanya! Saya rasa saya akan terus menonton untuk melihat apakah plot drama ini.

– Pengkritik Sandiwara

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s