Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Bulan depan, The Necessary Stage akan kembalikan salah satu karya yang ditulis oleh Haresh Sharma bertajuk Off Centre setelah lebih daripada dua dekad pertama kali ia dipentaskan pada 1993.
Diarah oleh Alvin Tan, Off Centre mengisahkan tentang isu-isu kesihatan mental yang sehingga kini masih relevan dan menjadi topik perbualan terutama sekali dalam masyarakat Melayu/Islam. Apabila tercetusnya topik kemurungan atau apa-apa yang sewaktu dengannya, ramai orang kita akan dengan serta-merta beranggapan bahawa si pesakit itu tidak sembahyang atau bukan seorang muslim yang baik. Padahal-padahal, sis. Mungkin pementasan ini dapat membuka mata orang Melayu kita terhadap persepsi kesihatan mental. Jangan pernah kita lupa insiden di mana Suria mengatakan bahawa autisme merupakan satu PENYAKIT.
Menarik sekali, pada tahun 2006 karya ini dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran bagi sastera Inggeris untuk peringkat “O” dan “N”. Dan pada tahun lalu, ia dimasukkan kembali! Dirgahayu sastera tempatan!
Off Centre yang bakal diadakan di Panggung Viktoria pada 7-17 Febuariakan menampilankan para penggiat seni baru dan juga yang bukan baru seperti Abdulattif Abdullah, Aidli Mosbit, Brendon Fernandez, Ellison Tan, Farez Najid, Joshua Lim, Najib Soiman, Nicholas Bloodsworth, Sakinah Dollah dan Sindhura Kalidas.
Tiket-tiket boleh didapati di Sistic. Terdapat harga istimewa bagi para pelajar so… kalau anda ambil sastera Inggeris untuk O atau N levels, saya sarankan anda tonton agar dapat memahami dan menelaah karya ini dengan lebih mendalam lagi! Mana tahu dapat tolong anda serba sedikit di dewan peperiksaan, kan?
– Pengkritik Sandiwara