Kek Champion

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Semalam, sebuah rancangan yang mendorong kencing manis bertajuk “Kek Champion” telah bersiaran di Suria. Ia merupakan peraduan realiti memasak. Lebih terperinci lagi, membakar kek! Dan seperti biasa, saya agak hampa dengan tajuknya kerana mereka gunakan istilah “champion”. Adakah kerana perkataan “juara” telah digunakan untuk peraduan memasak bersiri dipanggil “Juara Memasak”?

(kartun amat comel!)

Bersama pengacara Huda Ali (asal bukan DJ KC Champion eh) dan Cef Bob, para peserta diadili oleh Cef Fazley Yakob dan Cef Zan! Pada episod pertama, 10 peserta telah dipilih sebagai Top 10. Saya rasa ini kekurangan rancangan realiti setempat. Mereka tidak menunjukkan bagaimana Top 10 ini terpilih. Kami di rumah ingin tahu bagaimana! Jangan terus start aje. Ini kerana kami juga ingin mengenali para peserta dengan dekat lagi!

Bukan itu sahaja, rancangan ini juga tiada rakaman confessionals di mana peserta boleh meluahkan perasaan mereka setelah pusingan tersebut. Luahan hati yang JUJUR. Tak kisahlah positif atau negatif, asalkan ada DRAMA. Sebab kita semua dahagakan drama, kan? Lihat sahaja rancangan realiti yang meletop seperti ANTM, ada drama, ratings naik. Tapi Suria masih bodoh.

Setiap episod dibahagikan kepada dua pusingan. Pusingan pertama dinamakan…

Screenshot 2019-01-03 at 11.39.51 AM

Gaul Hingga Sebati! Dalam pusingan ini, para peserta disuruh membuat kek cawan gergasi setinggi 15cm! Mampui kau… (saya rasa pusingan ini pusingan di mana mereka harus membuat sejenis kek yang tetap) Kek ini juga harus diilhamkan oleh orang-orang tersayang. Ada yang menjadikan ibu, anak, keluarga sebagai ilham, seronok sangat!

Apa yang saya heran adalah masa yang diberi untuk membuat kek. Kenapa lama sangat sampai 2 jam lebih eh? Jika kita tonton rancangan antarabangsa seperti Masterchef, mereka setakat bagi sejam je dan mutu kek yang dibikin juga agak tinggi! Kalau rancangan ni… mutu kek yang disiapkan agak berbeza! Ada yang meletop dan cantik sekali tapi ada yang agak biasa-biasa. Macam tiada keistimewaan gitew.

Terdapat juga beberapa kecelekaan seperti tergunting kulit or whateva tapi takde medik..? Hello Suria?????? Nasib ada peserta tu abang bomba kasi plaster!

Pemenang pusingan ini diberi kelebihan 15 minit pada pusingan kedua tetapi dia macam tak kisah..? Ok, work.

Pusingan kedua dinamakan…

Screenshot 2019-01-03 at 11.17.53 AM

Tambah Secukup Rasa! Pada pusingan ini, mereka bebas untuk membuat apa jua kek asalkan ia mencerminkan perwatakan mereka. Ada yang kembali ke unsur-unsur tradisional manakala ada yang mencuba resipi-resipi yang lebih mencabarkan!

Pemenang keseluruhan diberi apron merah (imuniti?) di mana apron itu akan dipakainya untuk episod kedua. Oleh kerana dapur kecil, ia agak kekok ya bila para peserta lain bertepuk tangan kerana berdengung. Do something about the audio!

Setelah itu, 3 peserta terbawah dipanggil untuk mengumumkan siapa yang bakal tersingkir. Sebelum Huda Ali memberitahu keputusan, abang bomba Ishmael ingin menarik diri kerana kerja… WOW DRAMA! Suria boleh menggunakan ini sebagai inti drama di mana pasukan production step berbincang, peserta lain semua shook dan pengacara dan juri pun bingung tapi kita cuma dapat melihat semua orang terpinga-pinga abeh Huda Ali cakap ok menang saguhati. ????? Y’all can have drama but y’all slept on it.

Oleh kerana Ishmael telah menarik diri, tiada penyingkiran pada minggu ini! Semua selamat!

Secara jujur, Ishmael boleh go far (kot) tapi takpa, SCDF tak bagi cuti ke? We need answers!

InsyaAllah rancangan ini tidak akan flop!

Pengkritik Sandiwara

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s