Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Siri kedua Kek Champion baru saja tamat malam semalam. Namun, ramai warganet masih berbual tentang rancangan itu di alam maya.
Apakan tidak, sari kata Inggeris terkeluar perkataan lucah!
Gambar yang dikongsi pengguna witter @syzwina menunjukkan bahawa perbualan antara juri rancangan itu, Dato’ Fazley Yaakob dan Cef Zan tersalah terjemah.
Apa yang sepatutnya ‘Your cake is very soft.’ termuncul sebagai ‘Your cock is very soft.’ Alamak!
Tweet itu telah pun dikongsi hampir 1000 kali!
Satu jam yang lalu, pihak Suria telah pun mengeluarkan kenyataan maaf.
Kami meminta maaf atas kesalahan sari kata dalam episod terakhir malam semalam. Kepada mereka yang telah menghubungi kami, terima kasih dan kami dengari anda. Kesalahan sari kata telah diperbetulkan dalam episod itu, yang kini boleh didapati di meWATCH…
Kami harap anda teruskan sokongan anda dan meminta maaf seikhlasnya atas kesilapan itu.
Mujur mereka bertindak cepat! Mungkin ada pihak-pihak boleh belajar daripad Suria? We heard you.
Apabila kami periksa di MeWATCH, memang benar mereka dah betulkan!
Hais macam manaaaalah boleh keluar cock tu. Astaghfirullah! Tak satu satu tau drama.
Walau bagaimanapun, tahniah kepada pemenang Kek Champion 2, Muzammil!
Semoga rezeki anda melimpah ruah setelah rancangan Kek Champion 2!
Dato’ Fazley Yaakob juga telah berikan pandangannya mengenai peristiwa lucu ini.
Di Instagramnya, beliau mengongsi bahawa telefon bijaknya dibanjiri gambar tangkap layar sari kata itu! Beliau akui kesilapan tidak boleh dielakkan dan typo ni perkara lumrah. Bagus eh dia sempat berjenaka? Yang hos Kek Champion tak bunyi pon…
Antara kesalahan ejaan yang pernah Suria lakukan adalah ejaan unsur-unsur dalam kimia.
Kurang pasti sama ada pihak Suria mahupun pihak penerbit Skuad Cilik telah perbetulkan kesalahan ini.
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header Twitter syzwina)
[…] Rancangan Terbaik pula dianugerahkan kepada Kek Champion 2. […]
LikeLike