Murder At Mandai Camp

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Sejauh ini, anda semua disaji dengan pelbagai rakaman teater dan juga monolog siaran langsung dalam masa tempoh pemutus litar (CB) serta Fasa Pertama.

So, sekarang masanya untuk LEVEL UP!!!! Esok dah masuk Fasa Kedua tapi tempat hiburan masih belum buka but it’s ok!!! Sight Lines Entertainment akan membawa pengalaman teater ke rumah anda (or wherever you may be)!

Murder At Mandai Camp merupakan terbitan teater siaran langsung menerusi zoom secara interaktif yang pertama di Singapura!

Ditulis dan diarah oleh Tze Chien Chong, Murder At Mandai Camp merupakan sebuah misteri pembunuhan yang ghaib (supernatural)!! Oof!

Anda akan berkesempatan untuk menerajui pasukan penyiasat bagi kematian seorang rekrut (Irsyad Dawood) yang didapati terkorban di latihan outfield.

Mulalah desas-desus yang merebak antara soldadu yang berada di latihan itu. Sama ada ia kerja Leftenan Haziq (Erwin Shah Ismail) yang sering berselingkuh dengan si arwah? Tan (Bright Ong) yang tetibe AWOL apabila dalam latihan? Angkara musuh rahsia si arwah? Atau… MOMOK HUTAN!!!!

Murder At Mandai Camp akan berlangsung pada 26, 27 dan 28 Jun pada 10 malam di wadah Zoom! Harga tiket tu ala-ala bayar ikhlas, bermula dari $15. Jika anda berminat, boleh ke lelaman Sistic.

.

Adakah anda akan menjadi sebahagian daripada sejarah ini? Melibatkan diri dalam teater interaktif menerusi Zoom?

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Facebook Sight Lines Entertainment)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s