Ditegur tali leher MARVEL sutera, dUCk mohon maaf

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Ramai warganet di Malaysia telah menegur tali leher (tie/necktie) keluaran syarikat dUCk, milik Vivy Yusof yang baru dilancarkan semalam.

Beberapa warganet mempertikaikan jenis kain tali leher tersebut, iaitu kain sutera. Menurut pengguna Twitter @lukmankhiruddin, tali leher hasil kerjasama antara dUCk dan Marvel itu diperbuat daripada sutera. Justeru itu, kaum Adam beragama Islam besar kemungkinan tidak boleh memakai tali leher ini.

Yelah, kan haram kalau lelaki pakai sutera!

Beberapa jam lalu, pihak dUCk telah pun memberi kenyataan maaf.

Menurut kenyataan tersebut, mereka terlepas pandang akan pilihan jenis kain bagi tali leher MARVEL x dUCk dan telah hentikan penjualan tali leher itu serta merta. Wang akan dikembalikan kepada mereka yang telah membuat pembayaran. Tali leher itu akan dihadiahkan kepada pekerja barisan hadapan bukan Islam sempena Hari Bapa.

Tali leher itu telah pun ditarik balik daripada lelaman mereka.

Beberapa koleksi tudung MARVEL x dUCk masih boleh didapati di lelaman mereka.

Hais, bagaimanalah sebuah syarikat yang menghasilkan busana buat muslimah boleh terlepas pandang perkara sebegini? Mujur mereka bertindak cepat! Alhamdulillah. Jangan kecam, ok… Harap-harap pasukan dUCk akan lebih peka pada masa depan, insyaAllah.

Korang dah beli hadiah Hari Bapa?

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Facebook The dUCk Group)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s