A&W Singapura belum ada sijil halal!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Esok dah masuk CB Fasa Kedua dan ramai yang tak sabar nak makan luar di restoran bersama keluarga, kan?

Tapi, salah satu restoran yang mungkin ingin anda elak adalah A&W. Ini kerana menurut lelaman Twitter @halalsg, A&W belum diberi sijil halal.

Menjawab pertanyaan pengguna Twitter @KateLibbySG yang bertanyakan sama ada restoran makanan segera A&W itu mempunyai sijil halal atau tidak, halalSG menjawab bahawa restoran tersebut bukanlah Halal-certified.

Ini mencetus perbualan ramai warganet di Twitter, dan tweet tersebut dikongsi hampir 300 kali!

Ada yang menyuruh halalSG menghalalkan restoran itu! Hahahah nasib halalSG jawab dengan berjenaka melalui gif ini:

Mana boleh mereka halalkan sebuah restoran? Restoran itu tersendiri yang harus ada keinginan untuk menjadi premis makanan halal!


Ikuti kami di Telegram!


Setelah tweet mereka mendapat perhatian ramai, halalSG memulakan bebenang untuk menjelaskan keadaan dengan lebih terperinci.

Mereka menjelaskan perbezaan antara ‘tidak Halal’ dan ‘tidak punyai sijil Halal’ dalam bebenang itu. Bukan itu saja, mereka turut memberitahu bahawa setakat ini, mereka tidak melakukan sebarang proses pensijilan halal bagi restoran tersebut juga.

.

Menurut lelaman Have Halal Will Travel, restoran makanan segera itu mengikuti kesemua kehendak halal (halal-compliant) dari segi bahan-bahan, tiada daging babi mahupun minyak lemak babi (lard) digunakan dan pasukan mereka telah melalui rujukan yang perlu (necessary consultations) agar mereka memahami apa itu erti Halal.

Natijahnya… kalau korang tak waswas nak makan, lantak ler! Takde orang nak hentikan korang daripada mencekik curly fries dan hotdog A&W! Macamlah tak pernah makan makanan waswas!

Senang cakap, takde sijil halal tak semestinya tak halal. Sebagai contoh gerai kantin kat sekolah mungkin takde sijil halal, tapi korang makan je kan? Ha gitu!

Sama-sama kita doa A&W akan apply sijil halal dalam masa terdekat ni ye! Kalau nak lantak tapi waswas, minum je Root Beer Float mereka! Ni semua pendirian masing-masing ok. Jangan kecam.

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: gambar tangkap layar Twitter @halalSG // Facebook A&W Singapore)

p.s.

NI SERAM K!!!

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s