Fungsi rakaman suara Twitter cetus fenomena baru?

Baru-baru ini, Twitter telah melancarkan fungsi baru yang membolehkan pengguna mereka rakamkan suara! Dengan ini, pengguna Twitter boleh menggunakan wadah itu dengan lebih menarik lagi.

setakat ini, fungsi ini hanya untuk pengguna iOS

Anda bukan sekadar boleh tuliskan apa yang anda fikirkan dengan kata-kata, atau kongsi gambar mahupun video di Twitter saja. Kini anda juga boleh suarakan pendapat anda menggunakan suara anda yang lunak itu.

Sebelum ia dilancarkan, ramai warganet yang tidak sabar untuk kongsikan sesi nyanyian mereka serta ‘podcast mini’ apabila fungsi ini. Fungsi ini juga membolehkan mereka merakam suara tanpa merakam wajah mereka, oleh itu ia sesuai untuk individu yang agak malu atau selekeh wkwkwkwkkw.

Ada juga yang tidak sabar nak lihat mat dan minah Twitter bergaduh di Twitter menggunakan fungsi voice note ini.

Itulah yang dikongsi beberapa warganet Twitter seperti @matinberry dan @syarahtasnim yang menjangkakan bahawa masyarakat minah akan bergaduh menggunakan fungsi terbaru ini.

Pengguna @traceeyjantom pula menyarankan bahawa Farah Lola boleh mengambil kesempatan fungsi ini untuk contentnya!

Namun, kami telah periksa bahawa fungsi ini tidak boleh digunakan untuk menjawab tweet orang lain. Cuma boleh digunakan bila menghantar tweet baru. SEDIH!!!!

Lagipun, ia untuk iOS sekarang, mungkin belum lagi lah kita dapat dengar suara para minah sebab… tak nak cakap lah, sis.

Tapi… bila ia dah lancar kelmarin. Lain pulak jadinya!

Terdapat beberapa pengguna Twitter yang telah… mengongsi kisah erotik menerusi rakaman suara!

AWAS!!! KANDUNGAN SEKSUAL!!!

rakaman suara oleh Alextbh, penyanyi Malaysia

Korang kalau berani dengarlah! Adakah garis masa Twitter kini akan dibanjiri rakaman seperti ini? Atau rakaman yang berunsurkan jenaka seperti di bawah ini?

rakaman suara selebriti Tik Tok, Snarky Marky

Kami harap fungsi ini dapat mencipta jenis hiburan yang baru! Semoga pengguna Twitter dapat menggunakannya dengan penuh tanggungjawab. Dalam kita menikmati hiburan, harus berpada-pada.

Mungkin fungsi ini juga akan lahirkan podcaster meletop satu hari?

Namun begitu, terdapat segelintir yang berkata suara itu aurat so………. haram untuk wanita gunakan fungsi ni.

Ermz…….. bukan ke video pun dah ada suara? Apa eh?

Yang penting, Twitter harus bayar Nicki Minaj!

Anda pulak bagaimana? Apa yang akan anda kongsikan melalui rakaman suara di Twitter?

Pengkritik Sandiwara

.

Gambar header: blog.twitter

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s