Peristiwa blackface Wani Kayrie bikin panas!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Gelombang rusuhan BLM masih boleh dirasa di seluruh dunia, oleh itu semua lapisan masyarakat amat hyper-sensitive tentang isu perkauman ni!

Baru-baru ini, seorang selebriti Malaysia telah pun memuatnaikkan video Tik Tok di mana beliau mengenakan blackface atau mengenakan dandanan hitam. Dalam video itu, Wani menari dan lagu rap didendangkan.

Ramai warganet di Twitter menyoal tujuan finalis Dansa Dan Sing ini yang melakukan perbuatan ini, antaranya pengguna Twitter @tryhardlosers. Setelah menyiasat, beberapa warganet menjelaskan bahawa Wanie cuma menghidupkan watak legenda – Dayang Senandung.

Akaun @thepatriotsasia memberitahu siapa itu Dayang Senandung dan menjelaskan sebab atas kelakuan ini. Namun, ramai warganet tetap tidak puas hati kerana peristiwa ini tidak lagi relevan dan harus dihentikan kerana pada masa moden ini, kami sepatutnya lebih sensitif, peka dan berpendidikan.

No, it’s not masyarakat Melayu terbawa-bawa budaya ‘SJW’.

Wani dan Suria Records Sdn Bhd telah pun meminta maaf.

.

Menurut kenyataan itu, mereka tidak berniat untuk memperlekehkan sebarang bangsa dan telah menarik balik segala kandungan blackface. Tujuannya adalah untuk menghidupkan watak Dayang Senandung.

Hais…

Lagipun, kisah legenda atau cerita rakyat ni bukan semua boleh pakai. Tak semestinya ia dinikmati orang dulu-dulu, orang sekarang boleh terima. Kisah Dayang Senandung ni tentang seorang puteri yang disumpah menjadi hitam = buruk. Sampai sekarang ke kita nak samakan hitam = buruk?

Lihat saja kisah Batu Belah Batu Bertangkop. Tak masuk akal langsung! Seorang ibu yang sanggup tinggalkan tanggung jawab sebagai seorang ibu semata-mata anaknya makan telur ikan? Huh??? Sis, tak masuk akal.

.

Sebenarnya, banyak cerita rakyat yang harus diubah kerana tidak lagi relevan. Sebagai contoh, Goldilocks and The Three Bears. Kenapa Goldilocks ni dianggap sebagai seorang yang tidak bersalah walhal dia menceroboh rumah sang beruang, tidur dan makan di rumah mereka?

Watak Sang Kancil pun pernah dikecam! Kerana beberapa orang berpendapat bahawa Sang Kancil ni memang bijak tapi dia pun mempergunakan para buaya. Jadi dia juga licik!

It’s time to leave history/dongengs in the books. Tak perlu hidupkan balik!

Ini bukan pertama kali watak Dayang Senandung cetus kontroversi!

.
tragic

Pihak penerbit/syarikat hiburan harus lebih peka tentang isu perkauman. Mediacorp Suria juga tidak terkecuali.

.

Jakun is a slur jika digunakan sebagai adjektif.

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Tik Tok Wani Kayrie // Suria Records Sdn Bhd)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s