Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ekoran kontroversi peristiwa blackface Wani Kayrie yang tular baru-baru ini, pihak penerbitan Zeel Productions telah pun keluarkan kenyataan.
Menurut permohonan maaf pihak penerbitan itu, mereka peka akan kejadian perkauman di Amerika Syarikat. Namun begitu, penggambaran bagi drama Dayang Senandung sudahpun diluluskan pihak RTM dan penggambaran akan kembali seperti biasa setelah PKP.
Pihaknya meminta maaf atas video Tik Tok yang tular. Mereka tiada niat untuk menyakitkan hati siapa-siapa mahupun melakukan ‘blackface’. Malah, Wani didandan sebegitu kerana ia ‘tuntutan watak’.
Mereka juga menjelaskan bahawa jalan cerita Dayang Senandung sebenarnya mempunyai pelajaran penting dan segala kecantikan ‘dinilai dari hati’. Watak Dayang juga akan dicintai dua watak lelaki, yang akan mencintainya seadanya. Drama ini juga akan mementingberatkan tentang realitinya dunia hiburan di mana kadang-kadang ‘mengutamakan wajah berbanding bakat’.
Justeru itu, mereka akan tetap teruskan penggambaran.
Eh? Mampuslah! Diorang tak sedar ke kisah legenda seperti ni sebenarnya problematik?
Ramai warganet Malaysia menentang keras perbuatan ini dan mulakan petisyen untuk hentikan drama ini.
Let’s start signing!
@theloudasians telah pun dengan telitinya mendidik orang ramai mengapa drama ini tidak harus dihidupkan pada masa ini. Antaranya ialah watak Dayang Senandung akan menjadi ‘cantik’ pada akhirnya, membuktikan bahawa hitam = tidak cantik.
Infuencer setempat, Hirzi, juga memberi pendapat.
Sedih sekali, ramai orang berpendapat bahawa perkara ini tidak salah kerana ia sekadar menghidupkan kisah legenda. Hmmmmmmmmmmm? Tapi zaman dah berubah tau so pemikiran juga harus berubah ok!!
Kami berharap pihak penerbit dan RTM akan mengambil tindakan yang benar segera.
Setakat ini, Wani Kayrie yang sudah meminta maaf akan peristiwa ini telah privatised akaun Instagramnya.
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header: Zeel Production Sdn Bhd)
Baca lagi: Wani Kayrie mohon maaf dek video Tik Tok blackface
[…] banyak pengajaran yang boleh kita ambil iktibar daripada ALKESAH! Tak perlu nak hidupkan watak Dayang Senandung lagi! InsyaAllah, lebih banyak muzikal Melayu yang setaraf (or better!) ALKESAH akan diciptakan […]
LikeLike
[…] Mujur, Nora dengar kata peminatnya dan video tersebut tidak lagi wujud di halaman Tik Toknya. Persoalannya sekarang, akankah Nora mengeluarkan kata maaf bagaimana Wani Kayrie telah meminta maaf dek peristiwa blackface? […]
LikeLike