Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Ringan sama dijinjing, berat sama dipikul.
Begitulah rumusan muzikal ALKESAH sekiranya ia dipendekkan menjadi peribahasa.
ALKESAH yang dipersembahkan sempena Pesta Raya 2018 kini boleh ditonton di YouTube secara percuma sehingga 29 Jun, sebahagian daripada barisan rancangan Pesta Raya Online!
Ditulis oleh Zulfadli Rashid dan diarah oleh Aidli ‘Alin’ Mosbit, ALKESAH boleh dianggap sebagai ala-ala Kisah Dongeng Universe Melayu gitew! Apakan tidak, ramai watak-watak ikonik daripada kisah rakyat Melayu yang bergabung dalam muzikal ini. Ini membuktikan betapa kayanya budaya cerita dongeng dalam dunia Melayu!
Antaranya adalah Mat Jenin (Norisham Osman), Pak Belalang (Jeff Catz), Pak Pandir (Hatta Said) Mak Andir/Bunga (Siti K), Sang Kancil (Shafiqhah Efandi), Nenek Kak Yan (Siti Maznah), Pak Kaduk (Muhd Haikal Mohd Jani) dan Mak Pekan (Siti Hajar Ghani).
ALKESAH amat sesuai sekali ditonton bersama seisi keluarga, terutama sekali si kecil. Ini kerana, secara tidak langsung, si cilik akan diperkenalkan kepada watak-watak cerita rakyat yang mungkin mereka tidak kenali sebelum ini! Mungkin lepas tonton ALKESAH, ibu bapa boleh adakan sesi bercerita bersama anak-anak mereka dan kongsikan kisah rakyat ini.
Bukan itu saja, skrip dan lirik yang digunakan dalam muzikal yang memenangi Ensembel Terbaik di Anugerah Teater The Straits Times’ Life! 2019 (Best Ensemble at The Straits Times’ Life! Theatre Awards 2019) ini juga penuh dengan kosa kata yang begitu kaya sekali. Bukan hari-hari kita dengar nama-nama bunga dalam Bahasa Melayu, jadi, muzikal ini sesuai untuk anda yang ingin memperkasakan lagi kosa kata anda!
Kalaulah lagu-lagu yang didendangkan dalam muzikal ini boleh didapati di Spotify kan best? Lagu-lagu yang membanteras pemikiran kolot. Seperti lelaki >>> wanita. Ye dah 2020 tapi pemikiran seperti malangnya masih wujud. SEDIH!
Busana yang dipakai para watak (Kak Yan especially) amat vogue sekali! I suka!!!!
Dalam Kampung Alkesah ni, mereka dilanda ‘malapetaka’. Pak Belalang sarankan Mat Jenin (penghulu kampung) untuk berjumpa Nenek Kebayan yang menyebab kampung mereka ni ditimpa sial. Tapi… apabila Mat Jenin dah jumpa Nenek Kebayan (who is actually Kak Yan), terbongkarlah segala rahsia Pak Belalang yang sebenarnya masih terluka hati!!! Pada masa yang sama, orang kampung juga amat buntu dan ingin kampung mereka pulih dan subur semula. Kalau nak tahu apa yang benar-benar terjadi, tontonlah ALKESAH!
Amat menarik sekali melihat watak-watak cerita rakyat/dongeng dalam satu muzikal. Walaupun mereka tidak menceritakan kisah asli mereka, personaliti setiap watak yang amat berbeza dapat menyatukan perbezaan dinamik dalam muzikal ini. Keserasian antara pelakon dan cara mereka menghidupkan watak mereka tersendiri membuat muzikal ini lebih seronok untuk ditonton!
Anda pasti tidak akan menyesal menonton kisah rakyat moden ini. Seperti cerita rakyat tradisional, banyak pengajaran yang boleh kita ambil iktibar daripada ALKESAH! Tak perlu nak hidupkan watak Dayang Senandung lagi! InsyaAllah, lebih banyak muzikal Melayu yang setaraf (or better!) ALKESAH akan diciptakan pada masa-masa akan datang! Tonton ok? 28 Jun hari terakhir untuk tonton!
Korang watak ALKESAH mana satu? Main quiz ini untuk ketahui!
– Pengkritik Sandiwara
(Gambar header oleh Jack Yam, Lime Pixels, Courtesy of Esplanade – Theatres on the Bay)
[…] rakaman persembahan (baik berbayar mahupun percuma) Pesta Raya pada tahun-tahun lepas. Seperti Alkesah, Dikir-pella, Raya Block Party dan […]
LikeLike
[…] penampilan khas adalah orang-orang kuat dari muzikal Fatih- The Prince & The Drum, Alkesah serta memberi penghirmatan seperti konsert seperti Si Cempaka Biru, Suara Hati S. Atan dan Sayang […]
LikeLike