Ulasan telemovie Hari Bapa: Papi

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Pertama sekali, Selamat Hari Bapa kepada semua ayah, daddy, papa, abah, bapak, pak dan semuanya yang sewaktu dengannya!

So… dengar-dengar telemovie khas Hari Bapa tahun ni gempak. Betul ke? Dan ada kelainan sebab ia mengetengahkan bukan saja seorang bapa tapi… bapa tiri. Wow, the dynamic!

Dibingtangi Nurul Aini, Reuben Elishama, Sani Hussin, Shenty Feliziana, Fauziah Zee, Sabrina Nasir dan Bella Putri, Papi mengisahkan seorang ayah tiri (Erik) yang tanggungjawabnya menjaga kededua anak tiri perempuannya (Danisya dan Deliliah) setelah pemergian isterinya (Faiza).

.

Secara terus terang, ia sebuah telemovie yang amat refreshing. Ini kerana, lazim sekali kita dapat melihat watak seorang bapa tiri yang mulia hatinya di kaca televisyen. Sering kali, perkataan ‘tiri’ ni mempunyai kaitan yang agak negatif. Mak tiri selalunya kejam seperti mak tiri Cinderella atau kisah dongeng Bawang Merah Bawang Putih, kan?

Namun dalam telemovie khas terbitan Poetry In Motion ini, watak Erik (Reuben Elishama) merupakan seorang bapa tiri yang penuh dengan kasih sayang. Walaupun isterinya Faiza (Nurul Aini) sudah tiada, Erik rasa bahawa ia amanahnya untuk menjaga anak-anak daripada perkahwinan pertama Faiza bersama Iqbal (Sani Hussin).

Ini kerana Iqbal pernah mendera Faiza dan anak-anaknya secara fizikal dahulu kala dan anak-anaknya masih PTSD gitu.

Namun, niat baik Erik disalah anggap oleh ibu mertuanya, Maimunah (Fauziah Zee). Ini kerana ibu mertuanya berpendapat bahawa sebagai bapa tiri, Erik mempunyai niat buruk terhadap Danisya dan Deliliah! Sehinggakan dia menuduh Erik melakukan benda tak bermoral terhadap Danisya! Astaghfirullah!

Mujur segalanya terdedah apabila Danisya (Sabrina Nasir) memberitahu perkara sebenar. Bahawa it’s her pakwe yang cuba memperkosanya apabila di dalam bilik Erik. Mereka adik-beradik juga akhirnya memberitahu neneknya bahawa kematian ibunya (Faiza) sebenarnya salah Danisya dan bukan Erik. Di situlah hati neneknya mula berubah.

It’s good that telemovie ini sentuh sedikit tentang mangsa pencabulan/rogol tapi macam a bit tak logik sebab Danisya dengan suka rela kasi orang lain tengok video leak dia??? Like????? At the same time, mereka paksa rape victim tu untuk beritahu perkara sebenar cam too much ah.

Anda nangis tak masa menonton telemovie ini? Tapi nangis sebab cerita sedih atau muzik background yang sayu? Memang cerita ni sebak tapi pada saya, it’s the lagu yang membuat saya menitiskan air mata!

Cameo Shaista dan adiknya (eh?) agak comel!

.

Ok masa untuk pertikaikan perkara tak logic dalam telemovie ini:

Mana nenek dia bila Danisya dan pakwe berseorangan? Nenek dia wheelchair tau abeh balik pukul 6? Huh???

Kenapa mereka kayak tapi KERING?? Asal tak telefon SCDF/polis?

Apa sebabnya watak Danisya agak cold towards Erik? Padahal sebelum ni perhubungan mereka agak biasa-biasa.

Adegan klisye di bilik hospital di mana mereka semua nangis pastu Erik yang berada dalam koma terus goyang-goyang jari. Hahahaha masih wujud eh pada tahun 2020 ni!!

Penting ke watak Hana (Shenty Feliziana)? Ingatkan akan ada perhubungan antara Erik dan Hana tapi pasangan suami isteri ni tidak hidupkan cinta mereka dalam telemovie ini.

Secara keseluruhan, memang telemovie ni amat menghiburkan sekali! Kalau nak tonton, pergilah ke MeWATCH. Semoga telemovie ini akan memberi inspirasi kepada ayah-ayah di luar sana untuk terus melindungi dan mendidik anak-anak mereka. Dan memberi kekuatan kepada bapa tiri yang mungkin sering dilabel dengan perkara yang kurang positif!

Amboi, telemovie ni dinikmati ramai penonton sampai DM Sabrina Nasir dibanjiri pesanan!

Selamat Hari Bapa!

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: MeWATCH Suria)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s