Pesta Raya Online!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Acara seni Melayu tahunan yang dianjur Esplanade, Pesta Raya, akan menemui anda dalam talian tahun ini!

.

Walaupun tempat hiburan seperti pawagam, kelab malam dan panggung teater masih tutup dek wabak Covid-19, ini tidak bermaksud anda akan terlepas pesta seni tahunan ini. 

Terdapat banyak persembahan yang boleh anda tonton secara PERCUMA, dari teater, muzik, tarian dan juga sesi bercerita!

.

Antaranya adalah Alkesah, Dikir-pella, Raya Block Party, Senandung Puspa Pertiwi, GhaMuhyi: Crossing the Boundaries of Ghazal dan banyak lagi!

Kumpulan tarian setempat, Artistari Gentari, juga terlibat dalam Pesta Raya tahun ini dan akan menampilkan dua persembahan iaitu Joget Hitam Manis ft. Pucuk Pisang dan #stateofemergency.

Selain itu, pasangan popular dari Lepak One Korner juga akan menghiburkan anda dalam Pentas Pesta!

sumber gambar: lelaman Pesta Raya

Hafidz Rahman dan Zuhairi Idris akan mememubual dengan beberapa selebriti seperti Zalelo, Izat Ibrahim, Hatta Said, Siti K dan banyak lagi tentang Raya mereka dan penglibatan mereka dalam Pesta Raya.

Untuk si cilik pula, bolehlah ibu bapa tonton It’s Still Hari Raya bersama anak mereka!

.

Dipersembahkan oleh Tysha Khan, ia mengisahkan tentang Kiki yang akan menyambut Raya yang amat istimewa sekali kali ini. Si cilik juga boleh sertai bersama dengan patung stokin mereka sendiri dan bernyanyi bersama!

Anda boleh saksikan semua ini secara percuma dari 19 hingga 28 Jun. Untuk maklumat lanjut, lungsuri www.esplanade.com/pestaraya.

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Pesta Raya’s Facebook)

Advertisement

2 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s