Pesta Raya kembali lagi tahun ini!
Dan seperti biasa, terdapat pelbagai persembahan yang disajikan untuk orang awam pada Pesta Raya.
Tahun ini, pementasan yang bakal dipentaskan bertajuk… ALKESAH.
Ditulis oleh Zulfadli Rashid dan diarah oleh Aidli Mosbit, Alkesah menggabungkan watak-watak daripada kisah-kisah dongeng Melayu/cerita rakyat yang kita semua kenali. Tidak ke kecoh? Ia juga mengingatkan saya akan filem Shrek di mana watak-watak fairytale bersatu!

Dibintangi KWEEN Siti Khalijah Zainal, Jeff Catz, Siti Hajar Gani, Hatta Said, Siti Maznah, Norisham Osman, Shafiqhah Efandi dan Muhd Haikal Mohd Jani. Watak-watak seperti Mat Jenin, Nenek Kebayan, Pak Belalang, Sang Kancil dan ramai lagi dihidupkan menerusi pementasan ini!
Pasti kecoh dan huru-hara, kan?
Tiket-tiket boleh didapati di sini. Alkesah akan berlangsung di Esplanade, 12-15 Julai.
– Pengkritik Sandiwara
[…] adalah Alkesah, Dikir-pella, Raya Block Party, Senandung Puspa Pertiwi, GhaMuhyi: Crossing the Boundaries of […]
LikeLike