Ondeh-ondeh, epok-epok, kole-kole. Kenapa nama kuih selalu kata ganda?

Korang perasan tak, kebanyakan nama kuih Melayu selalu digandakan. Ok, mungkin bukan khusus untuk kuih saja tapi manisan/makanan secara amnya.

Antaranya adalah ondeh-ondeh, epok-epok, kole-kole, agar-agar, jemput-jemput, abok-abok dan banyak lagi.

Sebelum saya jelaskan pendapat saya kenapa nama kuih ini selalu kata ganda, ayuh kita lihat apakah fungsi kata ganda dalam Bahasa Melayu.

Kata ganda atau reduplication merupakan salah satu ciri bahasa Austronesian. Jika kita lihat bahasa Austronesian seperti Tagalog, reduplicationnya lebih terperinci dan kaya, berbanding Melayu. Dalam Bahasa Ibunda kita, reduplikasi digunakan untuk beberapa perkara. Antara daripadanya adalah untuk menandakan jumlah bilangan yang banyak, untuk terangkan kelakuan yang berulang, untuk terangkan perkara yang seakan kata dasarnya, haiwan, makanan dan banyak lagi.

Terdapat juga beberapa jenis kata ganda tapi saya tidak akan berbualkan tentang itu dalam #Curheart 2 ini.

  1. Jumlah bilangan

Inilah kegunaan kata ganda paling asas dan terkenal sekali. Kalau dalam Bahasa Inggeris, imbuhan akhiran -s ditambah, seperti ‘computers’ untuk menandakan bilangan komputer yang melebihi satu, dalam Bahasa Melayu, kata ganda digunakan. Komputer-komputer menandakan jumlah komputer melebihi satu.

Ini mengingatkan saya tentang siaran Fesbuk Alfian Sa’at tentang gambar budak-budak Raffles yang berbaur perkauman baru-baru ini.

.

Dalam siarannya yang agak panjang ini, beliau telah berkongsi bahawa antara jenaka yang pernah beliau dengar semasa zaman sekolahnya adalah ‘why must you repeat the word for Malay plural words, isn’t it tiring?’

Kenapa kau harus ulang perkataan untuk kata jamak Melayu, tak penat ke?

Mungkin ini jenaka zaman dulu, sebab sekarang tak pernah dengar. Also, amat senang untuk balas balik (retaliate). Nama-nama timangan orang Cina pun kata ganda, kan? Jia Jia, Kai Kai, korkor, meimei dan banyak lagi. Also, mereka juga gunakan kata ganda what.

2. Kelakuan berulang

Untuk memberitahu orang lain bahawa kita sedang melakukan sesuatu perkara berulang kali, kita sering gunakan kata ganda.

Jalan-jalan, kira-kira, tersengih-sengih, terbatuk-batuk dan banyak lagi. Self-explanatory, bukan?

3. Perkara yang seakan

Jika kita melakukan perkara yang mirip kata dasarnya, seringkali kata ganda digunakan.

Masak-masak: Permainan di mana anak kecil pura-pura sedang memasak

Kahwin-kahwin: Permainan di mana anak kecil pura-pura kahwin

Ikan ayam-ayam: Sejenis ikan apabila digoreng, rasa seperti ayam.

.

Kuda-kuda: pergerakan asas di mana penari Melayu/pesilat sering gunakan, gerakannya menggunakan kekuatan kaki, kuat bak kuda gitew.

4. Haiwan

Beberapa nama haiwan juga merupakan kata ganda. Iaitu obor-obor, anai-anai, kura-kura, kupu-kupu dan banyak lagi. Penjelasannya sama dengan makanan yang akan saya terangkan di bawah!

5. Makanan

Banyak makanan yang kata ganda! Otak-otak, ondeh-ondeh, epok-epok dan banyak lagi. Tapi kenapa?

Dalam video di bahawa ini, Hafeez Glamour telah menjemput beberapa orang ke dalam sesi FB LIVE Cofee Talk di mana mereka berbual tentang saga Nasi Ambeng haritu. Antara tetamu ialah penulis setempat Hidayah Amin.

.

Hidayah Amin juga memberi makna ‘epok’ dalam epok-epok. Menurutnya, epok itu bermaksud cara dakapan/dukungan kepada seorang anak kecil. Seperti epok-epok, inti epok-epok itu dipeluk pastry di luar. Ini kata ganda 3 kan? Perkara yang seakan.

Pada masa yang sama, ia juga boleh menjadi kata ganda 1, jumlah bilangan. Kenapa? Senang saja. Bayangkan awak nak beli epok-epok di kedai makcik bawah blok, pernah tak awak beli… 1 biji saja? Tak kan? Sebab tidak-tidak pun harga epok-epok tu 3 biji $2. So haruslah beli dari satu. Lagipun, satu biji epok-epok memang tak kenyang, sis.

“Eh, tapi saya beli OCK satu je cukup!”

Benar, tapi OCK tu curry puff. Di mana saiznya lebih besar. Dan asal-usul kedua-dua makanan ini pun berbeza.

Berbanding epok-epok, saiz curry puff besar sedikit. Oleh itu satu cukup. Bukan macam epok-epok.

Selain itu, kuih selalu dimakan lebih dari satu. Jarang sekali kita makan jemput-jemput satu biji. Agar-agar tu, walaupun pada mulanya dibuat dalam satu loyang, kemudian ia dipotong, so jadi banyak. Jumlah kuih-muih selalunya banyak.

Begitu juga haiwan kata ganda. Kalau nampak satu rama-rama, mesti ada rakan-rakannya di sekeliling, kan?

So yes, pada pendapat saya tu pasal lah nama kuih ni asyik berganda. Sebab selalu disediakan dalam jumlah yang agak banyak.

Hais dah berbual panjang rasa macam nak pulak ondeh-ondeh yang meletup di dalam mulut…

Pengkritik Sandiwara

Terdapat banyak jenis kata ganda yang tidak dibincangkan dalam entri ini. Entri ini sekadar pendapat.
kalau korang tak tahu epok-epok sayur tu apa, I have no words

(Gambar header oleh Makansutra dan Bengawan Solo)

1 comments

Tinggalkan komen