Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Apabila terlihat cap logo rancangan hiburan terbaru Suria, Masak Macam Saya, Min pikir ni rancangan gusti! Baru eksaited nak tengok selebriti setempat seperti Atyy Malek & Yuslina Yusoff, Era Farida & Najip Ali dan ramai lagi berpeluk tubuh di atas gelanggang semata-mata untuk Suria.
Namun, harapan Min hancur sebab ni sebenarnya rancangan memasak!
Dihoskan Khairudin Samsudin, sepasang selebriti akan berentap dalam percubaan untuk meniru masakan selebriti TikTok iaitu Cef Bob! Antara selebriti yang bakal muncul adalah Fauzie Laily & Syed Azmir, Hafidz Rahman & Zuhairi Idris, Fatin Amira & Fazlyna Aziz, Hans Hamid & Lydia Asyiqin, Izyan Melly & Norman Ishak dan Farhana M Noor & Asraf Amin.
Sungguh geli hati menonton episod pertama di mana rakan karib Atyy Malek & Yuslina Yusoff menunjukkan bakat mereka di dapur, menyediakan ondeh-ondeh, roti kirai bersama kari ayam dan epok-epok!
Min suka rancangan ni, sesuatu yang santai dan fresh di Suria. Tapi satu je Min rasa agak off sikit. Iaitu permarkahan untuk setiap pusingan. Other than that, tonton lah rancangan ni ye!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: meWATCH Suria)