Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Sedang ramai yang sedang berZoom Raya dengan keluarga secara online, personaliti setempat, Cef Bob, sibuk membuat damage control!
Ini kerana, ramai pelanggan yang telah memesan Raya Feast daripada The Landmark telah meluahkan ketidakpuashatian mereka akibat kelewatan ketibaan makanan yang telah dipesan, serta kuantiti yang tidak mencukupi. Sebagai contoh, pesan makan buat 6 orang tapi yang sampai kurang untuk 6 orang, gitew.
Pantas bertindak, Cef Bob mengongsi di Facebooknya secara LIVE pada 4.47 petang semalam dan menjelaskan keadaan. Cef Bob juga memberitahu pelanggan serta pengikutnya bahawa pasukannya sedang cuba sedaya upaya dan bekerja keras untuk memperbetulkan segala kesalahan mereka.
Dalam sesi LIVE itu, Cef Bob juga meminta agar semua pelanggan di mana pesanan mereka terjejas menghantar pesanan peribadi (DM) kepadanya agar dapat memperbetulkan keadaan.
Dalam catatan Facebooknya kemudian, Cef Bob meminta maaf dan memikul tanggungjawab penuh atas kelewatan makanan, pesanan yang salah, pesanan yang tidak mencukupi dan ketidaksenangan yang telah dilakukan.
Cef Bob menulis: “Ia amat menyedihkan saya kerana saya tidak memegang janji dan kepercayaan anda terhadap pembelian Raya Feast. Tiada siapa yang patut disalahkan kecuali saya. Harap DM saya sebarang pesanan yang perlu saya perbetulkan dan bagi saya buat pemulihan perkhidmatan. Saya berada di sini sehingga pesanan terakhir dihantar.”
Cef Bob juga meminta maaf atas pihak The Landmark.
Di segmen komen pula, ada beberapa pelanggan yang puas hati kerana menerima pesanan dengan betul. Namun begitu, lebih ketara komen yang tidak puas hati. Walau bagaimanapun, rata-rata ramai orang memahami situasi Cef Bob dan sanggup menunggu makanan yang telah dipesan.
Beginilah service recovery! Pikul penuh tanggungjawab dan memberitahu pelanggan bahawa pesanan mereka akan tiba . Penting sekali, minta maaf! Bukan bagi $1… Tak begitu, wahai pemenang Anugerah?
Also, korang follow Cef Bob kat Tik Tok tak? Dia sungguh menghiburkan sekali! Verified users, uolls~
Comel kan!
– Pengkritik Sandiwara
Gambar header: FB Cef Bob
[…] paling saya simpati adalah mereka-mereka yang terpaksa memesan lontong daripada restoran atau khidmat katering tahun ini sebab keluarga mereka memang tak masak lontong time Raya. Cuma bila pergi rumah nenek […]
LikeLike
[…] gaya Tik Tok harus berikan Malam Seram that verified tick! Seperti mana Cef Bob juga pengguna verified di Tik […]
LikeLike
[…] sepasang selebriti akan berentap dalam percubaan untuk meniru masakan selebriti TikTok iaitu Cef Bob! Antara selebriti yang bakal muncul adalah Fauzie Laily & Syed Azmir, Hafidz Rahman & […]
LikeLike
[…] Cef Bob menulis bahawa Ryan Tan (pengasas bersama NOC dan bekas suami Sylvia) adalah seorang majikan di mana dia sanggup berkorban nyawa. Sekiranya ada lobang, dia ingin bekhidmat demi Ryan. […]
LikeLike