Tik Tok Malam Seram cecah sejuta tontonan!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Video Tik Tok di akaun Malam Seram telah mencecah sejuta tontonan. Itulah yang dikongsi mantan DJ Ria, KC Champion di Instagramnya semalam.

KC yang kini mengendalikan rancangannya sendiri, Malam Seram, di YouTube dan juga Spotify mengongsi bahawa video Tik Tok Malam Seram telah menjangkau sejuta tontonan dalam kurang dua bulan! Wow viralz!

Alhamdulillah Malam Seram di #TikTok menyambut sejuta tontonan dalam satu video! Dalam masa kurang dua bulan! Terima kasih korang kerana menyokong.

KC juga mengetag @singaporemci untuk bertanyakan sama ada mereka ada sebarang kempen untuk dipromosikan. Amboi sempat!

Video yang bertajuk ‘Siapa yang ketuk pintu Shima setiap Malam?‘ juga mendapat hampir 70 ribu sukaan, dan dikongsi sebanyak hampir 2000 kali.

Setakat ini, saluran Malam Seram di Tik Tok mempunyai 11 video. Walaupun begitu, jumlah pengikutnya sudah melebihi 100,000 pengikut!

Nampak gaya Tik Tok harus berikan Malam Seram that verified tick! Seperti mana Cef Bob juga pengguna verified di Tik Tok!

Di Spotify pula, Malam Seram menduduki di tangga yang kedua dan ketiga.

Semoga KC akan teruskan mencipta kandungan yang seram dan menghiburkan untuk peminatnya. Dan syabas KC!

In this house, we support non-problematic podcasters.

Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Facebook DJ KC)

Advertisement

3 comments

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s