Suzairhe Sumari mulakan siri PUAKA di YouTube!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Nampaknya sudah menjadi satu trend untuk pembikin kandungan (content creator) mencerna kandungan mereka menggunakan tema seram! Kalau di luar masyarakat Melayu/Islam ‘sex sells’, dalam masyarakat kita pula, ‘seram sells’!

Baru-baru ini, hos dan pelakon setempat, Suzairhe Sumari memulakan siri YouTube bertajuk PUAKA di saluran YouTubenya ‘SUSU TVC’.

.

Dalam video yang durasinya sepanjang 20 hingga 30 minit, Suzairhe bersama tetamu undangan akan berbual tentang kisah seram yang pernah mereka alami atau dengari.

Menarik sekali, bukan macam kisah-kisah seram yang popular di radio (MJ12), mereka berbual dalam suasana santai ala bual kopi! Tiada suara-suara kesan yang menyeramkan yang boleh takutkan anda. So, kalau korang penakut tapi nak tonton, boleh sebab sebenarnya ada selitkan unsur jenaka di mana mereka bersenda dan ketawa untuk lighten up the mood!

Sejauh ini, terdapat 4 episod. Tetamu undangan ialah Munah Bagharib, Marina Yusoff, Haizad Imran dan Suhaillah Salam. Setiap tetamu mempunyai perspektif dan pengalaman berbeza sekali. Suhailla Salam kongsi pasal kisah seram di set Cinta Bollywood uolls! Classic, kan?

Di akhir rancangan, Ustaz Fadhly Rosli akan memberi sepatah dua kata sebagai nasihat mengenai alam mistik ni.

Nasib ada ustaz. Phew… selamat.

Secara terus terang, kami sarankan tonton rancangan ni sebab memang menarik sekali! Tak panjang lebar sejam dua jam la so kalau korang takde masa yang banyak, ni amat sesuai. Memang seram sejuk dengar kisah mereka tapi bila ada jenaka je, dah tak begitu seram!

Bukan itu saja, kami juga rasa ini satu wadah yang baik untuk para artis kita melakukan karya-karya kreatif mereka tanpa batasan (coughs mediacorp). Di wadah YouTube, mereka agak bebas! Memang seronoklah dapat lihat artis setempat mengambil kesempatan wadah seperti ini. About time!

Antara kandungan seram lain di Singapura oleh pembikin kandungan Singapura ialah… Malam Seram, True Horror Stories POV, review makanan di lokasi keras dan banyak lagi!!

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar heder: YouTube Puaka)

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s