Siapa kopi Puaka? Episod pertama Karak meletop!

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Awal petang tadi, saluran YouTube tersohor setempat yang mengendalikan rancangan bual bicara seram, Puaka, mengongsi siaran di Instagramnya dengan ayat yang agak menarik sekali.

Dalam gambar itu, tertulis, “siapa suka copy? kami prefer tea”.

Min keliru tatkala membaca ayat ini. Pabila baca kapsyennya mengenai peminuman kopi berlebihan dan saranan untuk menaikkan jumlah teh, Min lagi lah berserabot dibuatnya.

Tapi yang penting, buat penggemar kisah-kisah hantu, selain siri Puaka (Puaka, Puaka Xtra dan Puaka Special), Malam Seram dan True Horror Stories POV, anda juga boleh saksikan Karak!

Jika anda suka Puaka, pasti anda akan suka Karak juga sebab cara ia disampaikan agak seakan di mana mereka akan menceritakan kisah seram mereka ala-ala mengopi. Semalam merupakan episod pertama mereka di mana mereka hos secara langsung! Sejauh ini mereka meraih lebih seribu tontonan.

Karak dikelolakan oleh 3 orang hos, pelakon baru Hanan serta dua jejaka yang Min tidak kenal tetapi agak popular di socmed. Seorang daripadanya pelakon Metrowealth tau (Ya Allah malunye min tak kenal retis antarabangsa!). Mereka adalah Syed Sham Rozkhan dan Ahmad Bafadhal.

Ahmad Bafadhal pernah muncul dalam episod Puaka sebelum ini!

Siapa sangka daripada menjadi tetamu, terciptalah saluran YouTube tersendiri? Kami sokong!

Check-check ini sekadar strategi marketing untuk memasarkan Puaka versi Inggeris?

Jangan lupa langgani saluran Karak Project tau! Ayuh kita sokong industri YouTube Melayu Singapura.

Pengkritik Sandiwara

(gambar: Instagram Puaka & Karak)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s