Najip Ali buka akaun Twitter, mula siri YouTube

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Semalam, ikon hiburan Melayu setempat, Najip Ali, giat menghantar tweet di akaun Twitternya yang agak ‘baru’.

Walaupun akaun itu dicipta pada Disember tahun lepas, Najip Ali mula secara aktif mengongsi tweet mulai semalam. Tweet pertamanya ialah pada bulan Disember.

Hos, penyanyi, penerbit (dan banyak lagi) itu mengongsi video campak balik rancangan popular, 90an Gerek, yang pernah ditayangkan di Suria dahulu.

Kehadiran Najip Ali di Twitter turut disambut oleh selebriti lain seperti Fakkah Fuzz, Joakim Gomez dan kembarnya, Sezairi Sezali.

Najip Ali turut mengongsikan siri YouTube terbarunya!

Diberi judul Bual TV! (eh bukan ke tu segmen di majalah Manja satu ketika dahulu?) di mana beliau akan mengimbau rancangan-rancangan meletopnya seperti siri Gerek, Kpak Bing Bing dan Kopi O Teh Tarik, yang pernah beliau jayakan.

Min rasa memang ABOUT TIME Najip Ali ada siri YouTubenya tersendiri! Memang fresh sekali tengok selebriti Melayu setempat akhirnya mempunyai wadah tersendiri untuk berkarya tanpa batasan (ehem).

Kalau Najip Ali dah ada Tiktok, mesti lagi meletop kan? The amount of talent anak-anak Melayu di Tiktok amatlah tinggi sekali!

So apa korang tunggu eh? Sabskraib la saluran Najip Ali!

Pengkritik Sandiwara

(gambar header: Twitter & Instagram Najip Ali)

Advertisement

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s