Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Kafe setempat, The Ritual, telah mengenalkan menu terbaru mereka beberapa hari yang lalu namun mendapat banyak respons negatif daripada masyarakat Melayu setempat juga warganet Indonesia.
Apakan tidak, ‘Nasi Padang’ yang dijual mereka bukanlah Nasi Padang biasa-biasa. Mestilah, mereka gunakan garam Himalayan. Kau ada?
Menurut siaran IG yang telah dipadam itu, orang ramai dapat makan tanpa rasa dosa dan dapat meneroka apabila menjamu selera ‘Nasi’ Padang tanpa nasties oleh kafe yang terletak di Bukit Timah itu.
Difahamkan, ‘nasties’ yang dimaksudkan adalah bahan ‘kurang sihat’. Tak tau apa yang mereka anggap ‘kurang sihat’
Hairannya, mereka dengan bangganya menyatakan bahawa ‘Nasi’ Padang mereka tiada MSG, walhal MSG memanglah bukan bahan utama dalam masakan Nusantara.
Bukan saja itu, dengan menandakan Nasi sebagai ‘Nasi’ menimbulkan kemusykilan. Adakah kerana pelanggan boleh memilih quinoa sebagai pengganti untuk nasi?
Ini menimbulkan satu persoalan! Adakah sajian itu akan diberi nama Quinoa Padang?
Selain itu, penggunaan frasa ‘Our Padang’ amat salah sekali kerana ini mengembalikan zaman jajahan. Ia seolah-olah sekiranya anda memasak Mi Hokkien dan memanggil hidangan itu ‘Hokkien Kami’.
Siaran itu meraih ratusan komen, hinggakan pempengaruh Indonesia sendiri menulis pendapat mereka di siaran itu.
Min dah penat sebab masakan Melayu sudah beberapa kali dilabel sebagai tidak sihat, dan kempen HPB ‘Kita kan dah cukup manis’ tidak membantu langsung.
Awal pagi tadi, mereka sudah pun keluarkan kenyataan maaf.
Mereka turut rasa terkesima kerana mereka juga mempunyai rakan-rakan daripada pelbagai bangsa dan budaya. Sebagai restoran yang menemukan hidangan Barat dan Timur, mereka ingin mencipta Nasi Padang yang lebih sihat demi rakan-rakan yang mempunyai kecerewetan pemakanan.
Nasi Padang kot???? Boleh pilih lauk ape kau nak so nak kata dietary restriction/alahan ni cam tak make sense. Kawan vegan Min pun makan kat gerai nasi padang biasa. Dia order nasi, sayur lodeh, terung dan sayur-sayur lain. Worldnya!
Kenapa mereka terlalu taksub dengan MSG? Tak faham.
Selain itu, mereka juga mengongsi gambar kerja-kerja kemasyarakatan.
Motif? Entah. LOL.
Antara peristiwa lain yang melibatkan makanan adalah, Nasi Ambeng Nyonya, Kari ‘busuk’, Nasi Kerabu Ikea.
Untuk meningkatkan lagi pengetahuan tentang makanan Nusantara, ayuh hadiri acara ini:
Kat YouTube nanti ada!
Sejauh ini, hidangan Nasi Padang mereka masih boleh didapati di lelaman mereka, berharga $21.
Walaupun aku mengadu makcik Nasi Padang harga cekik, tak pernah cecah $10 kot. And it’s mahal sebab cara persiapan sukar dan mengambil masa. Ni aku tengok ala kadar je.
Korang makan Nasi Padang mana harini?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: The Ritual SG)
[…] After eat ‘nasties’-filled food, must push trolley with minah tudungs, aye? (Source: Instragram/@theritual.sg via Pengkritiksandiwara) […]
LikeLike
[…] Baca artikel tentang The Ritual di sini. […]
LikeLike