Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Nampaknya bahang Ramadan semakin terasa.
Baru-baru ini, restoran makanan Nanyang, Four Seasons Restaurant mengadakan promosi hebat buffet Dim Sum.
Diadakan dari kini hingga akhir Ramadan, Four Seasons Restaurant menyajikan buffet Dim Sum ala carte berharga $25.80++ buat setiap kepala dewasa.
Yang menariknya, promosi hebat ini hanya diadakan sebelum maghrib, lebih tepat sekali 11 pagi hingga 5 petang! Sesuai untuk mereka-mereka yang sedang datang haid atau mempunyai gastrik dan tidak boleh berpuasa.
Sempena Ramadan pula, restoran yang terletak di JEWEL itu mempunyai menu khas.
Diberi nama Iftar Sharing Set Meal yang bermula pada harga $38! Lauk-pauk seperti Tom Yum, Ayam Serai Indonesia, Telur Dada Tomato dan banyak lagi bakal anda nikmati!
Selain itu, gedung gergasi Ikea turut memperkenalkan menu ‘festive’ mereka yang akan diadakan semasa bulan suci Ramadan ini.
Menurut lelaman mereka, antara hidangan yang disediakan adalah Nasi Kerabu bersama kari ayam, ayam masak merah, ayam panggang dan ayam kunyit.
Apa yang membingunggkan adalah walaupun gambar hidangan ini di atas pinggan kelihatan seperti daun pisang yang terletak di atas kain batik, hidangan ini sebenarnya tidak halal.
Ia hanya disaji pada hari-hari biasa, pada tarikh-tarikh tertentu.
Oleh kerana ia tidak boleh dimakan oleh umat Islam, Min tertanya, apakah festive yang dimaksudkan?
Terdapat juga kepak ayam dengan sos rendang dan kek ondeh-ondeh mini yang boleh anda dapatkan hingga hujung bulan Mei. Tapi tidak tertulis sama ada hidangan itu halal ataupun tidak.
Semoga anda dapat menikmati juadah berbuka yang telah Min kongsikan. Selamat berpuasa!
Mana satu yang korang akan cuba dulu?
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Four Seasons Restaurant & Ikea)
[…] Antara peristiwa lain yang melibatkan makanan adalah, Nasi Ambeng Nyonya, Kari ‘busuk’, Nasi Kerabu Ikea. […]
LikeLike