Setelah setahun, Ateeqah Mazlan tutup lembaran saga HBB

Salam sejahtera, para pembaca setiaku!

Hampir setahun setelah masyarakat Melayu mengalami saga terbesar dalam sejarah moden Melayu, iaitu saga HBB yang berlangsung pada permulaan bulan Ramadan tahun lalu semasa pemutus litar atau Circuit Breaker (CB).

Pempengaruh jelita, Ateeqah Mazlan, disifatkan sebagai pencetus saga ini dan dia telah menjalani pelbagai tomahan dan kecaman dek peristiwa ini, sehinggakan terpaksa terkurung di dalam rumah sendiri.

Setelah mencuba sedaya upaya untuk menegakkan kebenaran melalui Instagramnya serta beberapa podcast seperti podcast Fakkah Fuzz ‘The More Better Podcast’ dan Berita Harian ‘No Tapis’, akhirnya Ateeqah Mazlan mendapat closure.

Itulah yang dikongsinya di Instagramnya semalam.

Dalam gambar kedua yang dikongsinya, kelihatan seperti kenyataan rasmi akan siasatan saga HBBnya. Dalam kenyataan tersebut, tertulis bahawa dua individu akan diberi amaran tegas serta amaran bersyarat selama 12 bulan.

Hmm… siapakah individu-individu tersebut?

Dalam kapsyennya pula, ibu seorang anak itu menulis bahawa dia terasa terhutang budi kepada dirinya untuk akhirnya umumkan kebenaran yang telah dilaksanakan.

Mujur, pelakon itu kini lebih tabah dan masih memulih dari peristiwa pahit ini.

Ateeqah juga menggesa orang ramai agar mencari dan bertutur kebaikan pada bila-bila masa.

Bukan saja itu, seperti semua orang, Ateeqah turut merindui detik-detik di mana kita semua tidak berpelitup muka.

Setahun sudah berlalu, ayuh kita sama-sama tutup lembaran saga HBB ikonik ini dan sambut lebaran yang bakal muncul tidak lama lagi.

Ayuh kita sama-sama menjadi pengguna socmed yang bijak dan bertanggungjawab.

– Pengkritik Sandiwara

(Gambar header: Instagram Ateeqah Mazlan)

Advertisement

One comment

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s