Salam sejahtera, para pembaca setiaku!
Pempengaruh dan pelakon setempat, Ateeqah Mazlan, selamat melahirkan cahaya mata kedua.
Dalam siaran Instagramnya petang tadi, Ateeqah mengumumkan nama anak perempuannya.
Dalam siaran itu, Ateeqah menulis bahawa suaminya, Effendi, amat menyukai nama ‘Emma’, iaitu nama anaknya itu. Secara kebetulan, nama Emma itu tercetus daripada drama bersiri popular Friends!
Nama penuh anak keduanya itu adalah Emma Miqaila manakala anak lelaki pasangan itu adalah Ezra.
Di IG Storynya pula, Ateeqah menulis bahawa dia akur bahawa ini semua amat tiber.
Dia akan mengongsi kisahnya kelak apabila sudah cukup rehat.
Tahniah Ateeqah dan keluarga atas kelahiran puteri yang dinanti-nanti! Semoga bahagia selalu!
– Pengkritik Sandiwara
(gambar header: Instagram Ateeqah Mazlan)